Wednesday, January 27, 2010

Kami makan bangkai

Pernah dulu saya dengar ada seseorang kata, ikan itu adalah bangkai. Sebab? Sebab ikan tidak disembelih. Ianya mati terkapar-kapar di atas dek bot nelayan. Kekurangan oksigen. Hahahaha... Idea yang agak kreatif untuk mereka yang tidak gemarkan ikan barangkali. Tapi bagi saya yang suka makan ikan...'bangkai' itulah yang menyelerakan.

Permulaan hari yang baik adalah MAKAN IKAN. Bagi menyempurnakan azam tahun baru saya, hari ini saya menyediakan sarapan untuk hubby SANDWICH SARDIN... Makan di rumah dua set, empat set lagi saya bekalkan. Hubby makan pagi dalam kuantiti yang banyak. Saya tidak mahu sebelum jam 11 perutnya dah berbunyi minta di isi lagi.

Jadi, inilah sarapan kami pagi ini....




Alhamdulillah....hubby makin gemar saya bekalkan dia macam-macam untuk ke office. Nampaknya lepas ini kena beli tupperware yang lebih banyak untuk mengisi bekalan makanan. Sekarang, hubby pula yang excited bertanya menu sarapan esoknya apa. Syukur alhamdulillah. Mungkin kerana jika saya bekalkan makanan, makanya duit dalam kocek tak mengalir di office. Bukankah rezeki yang dikongsikan / dibelanjakan untuk keluarga jauh lebih berkat.... Alhamdulillah..


Agak-agaknya apa yang kamu semua makan untuk sarapan hari ini?






p/s : Mungkinkah saya rajin dua tiga hari ini kerana saya dah sampai masa mengangkat bendera jepun?.... Haih..minta2lah sindrom Rajin ini berterusan sampai bila-bila....Amiiiinnnnn

6 comments:

zuliana said...

mst besh kn klu tgk husband kite mkn bnyk hasil air tgn kite sndiri. bancik xsuka mkn awl pg..katanya pagi sgt xlalu.klu bwk bkal, xsmpt nk mkn.juz bancuh kopi paket je.slalunya tghr pn xsmpt mkn...sian dia...blik lewat ptg or br bole jamah mknn..

fazemy said...

Cis tajuk entry! Bagusla laki ko Nik. Laki akak haram nak bawak bekal. Malu nak bukak takut org lain mintak agaknya. Sejak kejadian tersebut akak amatlah jarang buat breakfast. huhuhu

Queen said...

kak na : dzul dulu pun tak suka. dia prefer air masak je. tapi mah trained dia bfast awal pagi supaya tak banyak belanja di office. jimat sikit.

kak emy : tajuk kene la gempak..ekekek...biasanya saya lebihkan bekal tu untuk dia share dgn kawan2. tapi biasanya jugak die hentam sorang jer..ekekekek.....
tapi untung juga akak, takdelah terkocoh2 pagi2 buat bfast

eynda said...

Bagus...air tangan isteri adalah yg terbaik utk suami...tengok hubby pun tak sabar2 nak tau breakfast tiap2 pagi kan...keep it up... ;-)

m-i-o said...

errr. tumpang tanya, adakah itu tupperware ikea yg 17 biji = RM15 tu?

kalo betul, okey tak tupperware tu?

hahahaha! sorry off topic :P

Queen said...

kak eynda : tuela..syukur alhamdulillah...cuma sekarang pukul 11 pagi dah terpikir nak bfast apa utk esok..ekekkekeke

m-i-o : ha'ah..tak bagus sangat. bekas yang sedang elok utk bawa bekal cuma ada 2. yang lain kecil2 sangat. Tapi ok lah kalau duduk berdua macam kami ni, setakat nak buat isi sambal atau sayur buat bekal ke opis. tutup nya tak begitu rapat. Kalau letak makanan berair confirm terkeluar.
tapi nak compare dgn harganya, dah ok la tu.

Related Posts with Thumbnails