Nak apa sebenarnya nieyh?
Nak ucap.... SELAMAT HARI IBU!!!!!........
Buat CIK SAYA
Buat MAMA SAYA
Buat KAKAK-KAKAK IPAR SAYA
(kak long, kak mas, kak na, kak zah)
Buat KAWAN-KAWAN SEKOLAH SAYA
(ramai dah..sampai tak tersebut dah)
Buat KAWAN-KAWAN DZUL
(zylla, husna, erm...erm...erm..nanti sambung boleh?heheh)
Buat RAKAN-RAKAN BLOGGER SAYA
(yang kebanyakannya adalah seorang ibu dan mereka sangat HEBAT!)
dan SEMUA IBU-IBU DI LUAR SANA.......
Pengorbanan kamu mengandungkan satu jasad...melahirkan kasih sayang
dan mencurahkan segala pengorbanan
Meletakkan satu impian pada satu jasad yang tidak pernah kamu tahu apa kah rupa luaran dan dalamannya....
IANYA TIDAK TERNILAI
Kamu titiskan air mata pertama sejak melihat anak mu di dunia. Membesarkan mereka tanpa keluh kesah. Menyanjung mereka bagai si Agung yang tak kan dapat berganti. Menyuapi darah-darah putih ke mulut kami yang kering... Mengisi rongga mulut kami agar dapat menahan jeritan kelaparan kami
IANYA TIDAK TERNILAI
Kami menangis, engkau menangis. Kami gementar, engkau ketar. Kami disakiti, kau yang bangun mempertahankan. Kami jatuh dan tersungkur. Kadang melalui jalan yang salah. Kadang menempuh jalan yang berliku, kadang tersadung di jalan yang penuh duri.
Namun kau tidak pernah berhenti membimbing, menyokong, dan menyayangi. Tidak akan pernah kau membuang kami dari hatimu, walaupun kami hitam bernanah dan berlumpur kan dosa....
IANYA TIDAK TERNILAI
Lalu ibu...hanya padamu hari ini, aku titipkan... Sebuah kata yang penuh kehinaan merendah diri. Cuba mengungkapkan ayat yang terbaik untuk berterima kasih. Walaupun ianya hanyalah sebesar zarah keatas semua KEBAIKAN mu.. Tidak akan dapat ku balas...
Pergh...betul2 sebak tiba-tiba....
Sob..sob.....ehehhehe
Tapi saya dah celebrate dah last week. boleh? Kesnya..tersalah hari.. Ahahahhahhaa...... So dah celebrate..ala..bagi bunga simple2 je... Tapi saya harap mak saya faham... Yang ianya IKHLAS dari saya...
sebab saya saaaaaaaaaaaaaaaayang ibu saya....
Macam biasalah..saya nak tempek video clip kegemaran saya..utk tatapan semua :-
Hargailah ibu anda....sementara anda masih boleh menunjukkan kepada mereka....
p/s : tiba2 rindu pada ibu saya..teringat pada setiap nasihat yang tidak pernah henti dari mulutnya. Walaupun saya pernah jahat, pernah jatuh dan cuba untuk bangun kembali, putus cinta hingaa tertonggeng2, hampir fail study, tapi DIA tidak pernah sekali pun meninggalkan saya. Sokongan yang diberikan pada saya buat saya rasa saya anak nya yang tidak akan dapat ditukar ganti. Saya juga istimewa di mata dia.. KERANA DIA SEORANG IBU...
2 comments:
uhuhuhuhu slmt hari cik utk cik ko...
pagi yg sayu...
uhuhuhuhuhuuh
setuju (:
happy mother's day !
Post a Comment