Wednesday, May 5, 2010

Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk ibu dan bapa kita?

Selamat Pagi semua...  (giler ah..den ucap selamat kat orang..tak pernah rasanya..muahahhahahah)....
Pagi yang indah bukan.  Dan pagi ni sekali lagi kami dikejutkan dengan kematian suami Usu Leha (adik beradik sebelah mama..kiranya pakcik la...)
Rasanya baru lagi Makcik Pe'ah meninggalkan kita semua.  Rasanya kuburan Makcik Pe'ah masik merah basah.
Seorang lagi meninggalkan kita.

Saya tak rapat dgn Usu Leha.  Mungkin tidak sekrap berjumpa dgn Andak yang selalu datang menjengah di rumah Mama.  Tapi nama lagi saudara.  Bilamana saya mengikat tali perkahwinan dengan suami, secara automatik, kehilangan saudara-saudara suami memberi kesan pada saya.
Terasa sayu di hati.

Abang Ayie menelefon seawal pagi tadi memberitahu....

"Suami Usu Leha meninggal.  Mama dgn Ayah nak pergi tengok.  Abang Ayie sama Abg Syam ada meeting.  Ko hantarkan ayah.."

"Bancik (hubby la) baru je Isnin MC.  Kalau cuti lagi nanti bos marah.  Ini pun bos dah marah"

"Tak apelah.Ayah drive slow-slow"

Serius..saya rasa terkesima.  Nak saya offer kan diri.  Tapi saya juga baru sahaja MC pada hari Isnin yang baru je berlalu ni.Lagi pulak, Adik kan ada.... 

Masa nielah hubby keluarkan ayat yang menyedihkan..

"Ayah ada 5 orang anak lelaki, tapi bila ayah perlukan somebody, takde sorang pun dapat berkhidmat dan berjasa pada ayah.  Semuanya sebab kekangan kerja.  Macam mana nak menjadi seorang anak yang berjasa pada ibu dan ayah?..  Besok2 janganlah anak kita buat kita begini..."

Masa saya dengar tu, saya turut sedih.  Walaupun bukan tanggung jawab saya menguruskan keperluan ayah dan mama.  Tapi saya sebagai isteri terasa sangat terbeban bila saya tak mampu membantu suami saya, meringankan tanggung jawab yang digalas di bahunya.

Semoga Allah mengampunkan kami suami isteri....

Orang kata, seorang IBU boleh jaga 10 orang anak.  Tapi belum tentu seorang anak dapat menjaga seorang ibu. 


Tapi dalam kes ni macam mana?  Bukan mama yang sakit.  Masa ayah accident haritu, berdesup hubby tinggalkan kerja.  Tapi ni sebab ayah perlukan seorang driver untuk bawa ayah ke Klang...  (ayah boleh drive..cuma tak begitu kuat untuk drive jauh-jauh, lagipun ayah ada sakit jantung....risau apa-apa berlaku..)


Al-Fatihah untuk arwah suami Usu Leha...dan semoga Allah menempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman,..

Al-Fatihah

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN....

Dari Allah kita datang..kepada Allah kita kembali






p/s : sorry mama, ayah.....  Please do forgive bancik....

5 comments:

Intan and The Boys said...

itu la kan. memang kadang2 rasa ralat bila tak dapat tolong mak ayah. tapi tu la..kadang2 waktu & keadaan tak mengizinkan. tapi biasala mak ayah mesti faham. hari bekerja pon. :)

takzah buat keluarga usu leha.

fazemy said...

Cuti je la lagi. Klw akak ada org meninggal ni laju je pergi. InsyaAllah slalu mcm tu. Tak caye cuba ko meninggal. heh heh. Mati pun bawak gurau. huuu. Tp btolla mmg akak selamba je emergency leave. pastu bg je kat bos surat kematian. walau bos bising kat blakang n dlm offer letter pun ada mention "kecuali kematian ibu bapa, adik beradik sahaja" -tp bila dah bg surat kematian tu bos diamla.

Bg akak klw kita period pain terpaksa cuti takleh nak buat camne..samalah mcm pergi tgk org mati. Skali tu je dia mati..esok2 jgn kata dpt tgk dia mati lg..hidup pun dah takde.

Papun..takziah atas kematian ahli kluarga Dzul. Sesungguhnya dari Allah dia dtg dan kepadanya dia kembali. Apapun doa tetap smpai walau dimanapun kita berdoa. Keikhlasan berdoa dari kejauhan lbh bermakna dari dtg menziarah di kubur hanya unt menunjukkan simpati dan "baik" dikalangan keluarga sahaja.

cikbedahlaser said...

owhhh... mcm mana?? aku pon selalu risau bab2 ni.. adoyai..kerja penting... mak abah pon pnting...

smoga roh arwah d cucuri rahmat...

Queen said...

puteri kure2 : thanks memahami

kak emy : entahlah kak...maybe sebab nik sendiri tak pernah jumpa usu leha tu..dan bos dzul bising sangat walaupun dzul nak apply cuti utk ambil test...itu yang kami half-half..cuma boleh doakan dia tenang di sana....(kalau nik meninggal, cukuplak sekadar doa dan ingatan.nik tak nak susahkan org dan anak2)

cik bedah : entahlah cik bedah..half-half...sob.sob

eynda said...

Memang serba salah....

Related Posts with Thumbnails