Tapi memang betul...
Ingat Kasih ibu membawa ke syurga...
Kasih ayah? Takkan lah nak jawab bawak ke NERAKA.. Apa ko ingat bapak tu apa..tunggul kayu?
Walaupun Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa org yang patut di dahului
pertama ................. ibu mu
kedua ..................... ibu mu
ketiga ..................... ibu mu
dan ke empat ...............barulah bapamu...
Tetapi tak bermakna kena kasih dekat ibu je.. Kat bapak tak payah okeh...
Tanpa bapak..ibu mu takkan lah nak beranak kan diri mu...
Ibu mu bukanlah Maryam...yang mengandung tanpa seorang SUAMI... Ibu mu tu mengandung hasil semaian kasih sayang bapa dan ibu. Maka wajib kamu mentaati keduanya. Menggembirakan hatinya.....
Serius...saya sangat sedih dengan keadaan sekarang. Anak-anak buang ibu dan bapa mereka.
Setiap manusia buat salah.. Tapi berubah lahh.... Mak saya sendiri kata... Dulu memang saya kuat melawan.. Tapi paling kuat pun masuk bilik mengamuk-ngamuk dalam bilik. Mogok lapar 2 3 hari.. Pastu turun bawah carik nasi... hehehehehhe... Tapi saya tidaklah seberani budak sekarang... Mak marah..lariii dari rumah.... Mak marah...acu pisau di leher mak. Mak marah, tolak mak sampai terlentang.
Owh..saya bukan begitu dahsyat. Tapi dalam keadaan saya rasa saya tak begitu dahsyat sekalipun... Tetap saya rasa saya anak yang teruk dan jahat kerana memperlakukan mak dan ayah saya dulu begitu (lawan2 cakap... Hentak2 kaki). Masa tu tak boleh pikir pun yang perngorbanan mereka membesarkan saya. BODOH kan saya...
Saya berdoa Tuhan Ampunkan Dosa saya dulu. Masa saya jahil batak. Saya harap apa yang saya lakukan sekarang dapat menutup kelukaan ibu dan bapa saya dulu terhadap saya. Selagi mereka ada nyawa..ada kesihatan..Sebolehnya saya ingin mereka bahagia dan bangga mempunyai anak seperti saya... Manusia kan boleh berubah.. Belum terlewat bukan... Kalau dulu kita jahat tak semestinya terus jahat.. Setan tu ada dimana2 untuk menghasut dan menaikkan kemarahan kita.... Ya Allah Ya Tuhanku..kau ampunkanlah dosa ku...
Tapi ada makcik tu yang mengadu pada saya (nampak..saya kawan pun dgn makcik2..hehehheh)
Mereka (makcik tu dgn laki dia) tak berani dah nak lawan cakap anak emreka. Dalam erti kata lain tak berani nak tegur. TAKUT anak-anak melenting.... TAKUT anak-anak marah.
Hanya kerana marah anak berkawan dengan lelaki... Entah mana2... perkenal diri pun tidak.. Makanya ayahnya di acukan pisau. Hanya kerana mengunci pintu depan dan tak nak bagi kunci kepada anak nya...
Apa aku cerita belit2 nieyh....
Macam ni...
BOYFRIEND anak dara si Ayah dan Ibu ni punya mak....Sakit..kengkononnya masuk ICU.... Lepas tu anak dara dia ni nak la pergi tengok. Tengah malam ok... So laki makcik ni tak bagi la pergi.. Mengamuk2 dia nak pergi jugak. Jadinya anak dara dia ni nekad nak keluar jugak. Dia call member dia.
Ayahnya pun kuncila pintu depan. Anak dia punyalah nak keluar sampaikan acu pisau pada ayahnya. Last2 makcik tu pun buka kanlah pintu. KETAKUTAN sebab anak dia acu pisau.
Saya yang tukang dengar ni pun kesian. Kesian sebab sampai hati budak tu perlakukan mak dan ayah dia macam tu untuk boyfriend dia.... Macam takde hati perut. Dan untuk pengetahuan semua. budak tu adalah penuntut jurusan LAW di IPT terkenal negara tau! Bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH AGAMA tau..
Bukan calang2 mak ayah dia bagi sekolah.. Bagi didikan agama. Tapi hasilnya? Anak tak de otak.
Ya Allah ya tuhanku..kau jauhkanlah keturunan ku dari spesis anak yang macam ini.
Saya yang rasa nak mengalirkan air mata bila makcik tu bercerita. Susah payah dia ikat perut untuk sekolahkan anak-anak.. Tapi anak?
Budak tu ada abang...tapi abang dia pun senyap je. Tegur pun tidak.. Marah pun tidak. Padahal abang2 semua kerja hebat2...
Saya rasa nak lempang je budak tu.
Walaupun budak tu tak melawan mak dia.. Tapi dia lawan bapaknya.. Serupa sahajalah. Mak ke..ayah ke..nak kene hormat. Saya sendiri bukanlah perfect. Tapi at least saya cuba.
Kalau dulu kita dengar drug addict yang buat kerja2 lawan mak ayah ni semua. Sampai sanggup bunuh, sanggup cederakan mak ayah semata-mata nak duit.
Sekarang kita lihat la pulak budak yang belajar pandai-pandai bijak bijak ugut bunuh pada mak ayah semata-mata inginkan kebebasan.
Saya kesallll......... Sangat kesal
Tidak kah budak2 ni tahu bahawa tanpa doa dan keredhaan ibu dan ayah...hidup mereka takkan berjaya... tak kan senang dan tenang... Tak tahu ke?
Kenapa mesti perlakukan ibu dan ayah begitu?
Mereka tak mintak wang ringgit..
Mereka tak minta dikasihani
Mereka cuma minta pada TUHAN
Agar kita boleh berdiri sendiri
Boleh hidup tanpa bergantung pada SESIAPA
Dan sedikit pun mereka tak minta untuk diri mereka...
Macam sekarang ni...Hidup saya tak lah semewah mana.. Dan mak saya pun kata.. Dia faham...Bukan senang nak mulakan hidup baru.. Kalau sikit saya hulur pun mak saya sambut dgn senyuman yang meleret....
Katanya....tak apalah...yang penting saya ingat pada mak ayah.....Serius terharu. Sebab tu kalau ada lebih sikit, saya hulur lebih. Walaupun tak banyak...Tapi dalam hati tu tiap2 hari doa rezeki saya murah supaya saya boleh hulurkan lebih lagi pada mak ayah...
Gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja kita makin menjadi2. Bermacam contoh remaja kahwin lari.. Kemudian sesal dan ingin kembali ke pangkuan keluarga... Takkan lah tak boleh jadikan pengajaran?
Makin bertambah2 adelah...
Dan setiap kali tu jugak kita lihat. Mak Ayah tak pernah gagal walau sekali pun untuk menerima kembali anak-anak mereka. Tapi tengok apa yang lelaki tu mampu buat?NOTHING!!!!!
Dont be a stupid ASS..... Jangan jadi BODOH TOLOL dan DUNGU....
Contoh yang lagi satu budak perempuan yang nak sangat kahwin dgn mamat Langkawi tu... Mak dia cuma nak dia sambung belajar!... Dan lepas beberapa sesi kaunseling, lelaki tu 50-50 nak kahwin.. Tapi perempuan tu?
Jangan jadi perempuan BODOH!!!!Pikirla... Awak sanggup buat macam tu pada mak ayah..tapi awak tak sanggup buat kat BOYFRIEND awak tu.. Awak kenal BOYFRIEND awak tu baru setahun dua... entah2 sebulan dua... Tapi mak dan ayah bela awak tu dari segumpal darah.. TAHU!
Mah sayangkan cik..mah sayangkan we.
p/s : susah nak tegur budak zaman sekarang...tegur sikit..melentingnya lebih..cakap nak sombong dan bongkak sahaja... Besok2 terlentang kat katil hospital..nama MAK dan AYAH juga disebut... Sebutla nama BOYFRIEND awak tu..
NOTE : SEMUA GAMBAR ADALAH HIASAN SEMATA-MATA ....TIADA HUBUNG KAIT DENGAN ENTRY....