Thursday, April 29, 2010

Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi

Saya suka membaca penulisan Suzana Ghazali..seorang Perunding Psikologi dan Peguam Syarie.
Dia banyak menulis tentang permasalahan keluarga...  Dan ianya memang boleh dibuat panduan saya sendiri sebagai seorang wanita.  Apa hak-hak kita sebagai wanita....

Baru2 ni ada satu penulisannya yang mencuit hati saya...CLICK HERE FOR THE ENTRY
Tajuk nya sendiri sudah memberi kesan..

Cinta Bukan Sekadar Ucapan..


Ya..saya amat bersetuju dengan beliau.  Cinta bukan sekadar ucapan.  Cinta harus dizahirkan dengan perlakuan.

Jangan di hati kata Cinta... di Zahirkan dengan lempang dan sepak terajang.

Kalau ada yang sedar sebelum kahwin alhamdulillah..  Kalu yang dah kawin baru nak tersedar itu yang payah....

Ada la kawan saya  tu kan...  Dia dah couple lama...tapi asyik dok makan hati dengan boyfriend dia..Dari zaman bercinta..Sampaila dah bertunang...  Dok makan hati.  Bila dia berpisah je dengan tunang dia..kamilah yang paling seronok..  Sebab dulu masa nasihat tak nak dengar.  Lagipun tunang dia tu memang tak elok...  Bukan seronok sebab dia bersedih...Seronok sebab dia terlepas dari cengkaman lelaki yang tak elok..Sedangkan dia tu berhak dapat yang jauh lebih baik..lebih bagus...
  Ingat lagi masa tak ada duit...pinjamkan jugak baki duit yang ada walaupun sikit dekat boyfriend keparat dia tu..  Semata-mata top up je...  Melampau kan...  Sangat kesian la kat dia..  Harap2 dia tak tersalah langkah..  Ingat lagi dulu masa dia susah...dia duk makan hati tu.  Saya marah dia..kutuk dia kau-kau punya.  Punyalah concern nak bagi dia sedar.  Tapi dia duk la dilamun cinta...  Akhirnya?..Merana...
Sian dia..tuan cantik..ayu..tapi jadi mangsa kekejaman dan kezaliman lelaki...Sedih kan..
Tengok kaum hawa jadi lemah..jadi rendah martabatnya.. hanya kerana lelaki.  Saya TAK SUKA!!!  Dan saya tak suka sorang pun kawan2 saya dibuli lelaki...  Bukan semua lelaki STUPID...  Tapi zaman sekarang ni dah ramai..  Dan lebih kesian kalau perempuan menurut je...  alahai nyah...ko takkan lah tak boleh fikir.

SAYANGI DIRI SENDIRI SEBELUM SAYANG PADA ORANG LAIN


Kebetulan terbaca salah satu komen dari pembaca entry beliau.


Salam, pn, saya sbnrnya pernah menjadi salah seorang perserta kursus puan semasa d grand continantal t'ganu pada 2009...

sebenarnya saya nak minta pndtpt dari puan. saya ada seorang kawan, dia mempunyai hubungan dengan suami org, sebenarnya kawan saya dah pun mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki nie semenjak lelaki nie bertunang lagi. menurut kawan saya, mereka masing2 bersetuju untuk memutuskan hubungan sebaik sahaja lelaki ini berkahwin. tetapi setelah berkahwin hubunga mereka tetap terjalin. kawan saya mengatakan yang lelaki ini tidak mahu melepaskannya. sebenarnya, saya rasa kasihankankan kawan saya ini, dia berusaha untuk melepaskan diri dari masalah ini, tetapi lelaki ini masih jugak mencarinya. sehinggakan timbul lagi perasaan cinta d antara mereka.

lelaki ini berjanji akan berkahwin dengan kawan saya, puas saya memberi nasihat supaya berfikir panjang sblm membuat keputusan.

akhirnay apabila mereka sepakat untuk bersua muka, akhirnya lelaki ini mengatakan yang dia memilih isterinya, tetapi di hadapan kawan saya dia memilih kawan saya.

apa lagi yg harus saya perkatakan pn?


 Isu ini memang banyak berlaku.  Dah bercinta..cinta pandang pertama kononnya....
Tapi bila dah bertunang pun masih menjalinkan hubungan sorok-sorok dengan bekas kekasih.
Siapa yang nak jawap.  Bila tertangkap, mulalah lepas tangan.  Padahal BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAKKANLAH BERBUNYI ...  Yang lelaki tak nak bertanggung jawab..yang perempuan melongo la sakan...

Semalam di Facebook rakan saya update status..  APa beza dah jadi tunang ke belum...  Dia rasa sama sahaja.

Seronok saya nak terangkan kat sini...  Kalau kita seorang yang memang setia..memang sebelum tunang pun dah mempersiapkan diri hanya untuk tunang kita...maka kita takkan rasa sangat bezanya....
Tapi bagi orang yang duk berhoyeah-hoyeah...Duk bersuka ria...Kawan sana sini...  Memang banyak bezanya...

Time tunang la nak putuskan perhubungan dengan kawan yang ala-ala Teman Tapi Mesra.  Kalau putus tu rasa kejam sangat...  Renggang kan lah sedikit.  Berhenti menambah kenalan lelaki yang takde apea2 sebab musabab.  Kalau untuk urusan kerja ke..ape ke..tu lain la...
Dah kena mula latih diri bangun pagi (ini untuk yang malas bangun pagi macam saya..ehehhehe)....  Dah siap sedia belajar masak...  Belajar ilmu rumah tangga..  Belajar macam mana nak menangi hati seorang SUAMI..dan praktikkannya hanya pada SUAMI kita je...bukan pada orang lain...bahaya.....

Time tunang juga dah perlu jaga tingkah laku.  Jaga pandangan mata.  Jaga supaya tak ada orang yang memandang...  Jangan sikit pun buka peluang untuk lelaki lain 'mendekati' kita....  Sebab sebenarnya..separuh dari diri kita sudah kepunyaan bakal suami..  Cuma belum boleh digauli...

Ha..panjang lebar dah nasihat ni...hehehhe...Saya pun tak perfect..  Cuma perturunkan apa yang saya pernah dengar...


 Eh..eh...saya tak kata siapa-siapa ya....Saya cakap secara RANDOM...nanti tak pasal-pasal ada pulak Anon yang datang menyerang... Alahai..dah tak larat nyah makan sumpahan orang ni..  Berbakul2 dah 'pahala' masuk poket.

Ok2..back to TOPIC ye kawan2...
Kalau kita sayang suami kita...kita kene buktikan.
Kalau kita sayang mak ayah kita...kena taat...
Kalau kita sayang tunang kita...kita pelihara hubungan tuh dan juga pandangan org lain pada kita
Kalau kita sayang kawan kita...kita kena setia dan jujur
Kalau kita sayang dengan musuh kita....jangan berhenti menegur dan berdoa agar dia berubah...

Kita sama-sama saudara..takde istilah ko kawan aku..ko bukan..  Tuhan cipta kita semua bersaudara....  Semua nya anak cucu adam...




p/s : sejak Emma bertunang,...bisnes berkembang la sikit.. Alhamdulillah...kuasa Tuhan...orang kata kalau kita bantu orang buat kerja elok..kita pun akan dapat Rahmant dariNYA....  Wallhualam...

6 comments:

Intan and The Boys said...

itu la. kite pon ada RAMAI kawan2 yang sanggup pertahankan hubungan yang dia sendiri tau bagai retak menanti belah.

bila diminta nasihat, kite dah beri. tapi tak boleh terima pulak. pelik2.

fazemy said...

hemmmmmmmmmmmmmmm....panjangnya. nanti akak baca. skrg busy. huuu

Unknown said...

Ramai waniter yg biarkan diri jadi mangsa... Dah tak larat nak nasihat, Ramai kawan Hakak mcm ni... putus kawan sebab ni pon ada.

Dee said...

betul queen ckp tu..setuju..mmg kita kena set dlm mind kita..lelaki yg layak berada dlm hati dan akal hanyalah suami kita..lelaki pun sama..barulah gejala affair2 ni x berlaku..nauzubillah..

Nl said...

sedih baca kisah2 tu....


betul ker dah ramai lelaki yang stupid aka moron hmmm

rasanya yer... tapi dalam kes kawan yg tak nak dengar nasihat kawan tu pun boleh dikira tak cerdik kan.......


dunia zaman sekarang.... macam2

Queen said...

puteri kure2 : kadang2 mereka takde kekuatan je...sebab tu bila mereka dah sedia kene cepat2 bantu sbeelum kekuatan tu fade away...

kak emy : orait...

kak ogy : mmg betul...sayang membuta tuli pada lelaki memang tak bagus...

kak dee : betul..bila dah kawin diri kita adlaah milik suami kita kan... =)

naqeeb : itulah maslaahnya..bila lelaki stupid jumpe dengan perempuan pendek akal makanya berlakulah keruntuhan rumah tanga..baiklah jadi seperti pak pandir dan mak andih....

Related Posts with Thumbnails