Thursday, April 22, 2010

Bila Otak nakal itu bergeliga...

Saya pernah terbaca..kat blog siapa entah pasal fadhilat atau kebaikan bercium.. Bagi yang HALAL jela... kalau yang HARAM tu ...baik cane pun jatuh DOSA.....So...kalau dah gatai sangat nak buat..sila kahwin..(macam saya lah..muahahahahhahhah). So yang ni saya search google dan di link kan kepada satu blog ni. Blog ni pun tulis benda yang sama saya baca dulu...so saya copy paste jela...Minta izin ya tuan blog....


Khasiat / Fadhilat bercium :

  1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.




So...benda dah ulang-ulang dah saya rasa.. Kenapa nak ulang lagi?... Ha..inilah story mory mroning glory nye......

Erm...erm....erm...macam malu sikit nak cerita..sebab ni cerita suami isteri kan...Tapiii..ermm...cite jugaklah....


Menjadi amalan kami sebelum pergi kerja hug each other... Hug bukan setakat melepaskan batuk di tangga tau.. At least 2 3 minit..peluk dengan erat. Tak tau la nape..tapi ada gak kajian kata ianya memanjangkan umur manusia. Tapi saya buat sebab saya dapat hilangkan stress... Sebab saya dapat menghirup wangian suami saya.. Supaya saya dapat semangat untuk pergi kerja... Supaya suami saya sayang kat saya... Eh banyakla pulak supaya kan....


So semalam balik kerja saya tambah satu aktiviti baru... Kissing... Kononnya nak jadikan acara wajib la.. So hint2 la kat hubby. Saya katalah antara kelebihan bercium ni yang saya baca di Internet ni... Sambil saya hug dia..sambil saya cakap....

"Antara kelebihan kissing ni, bila air liur kita bercampur dapat menghilangkan lapisan asam yang merosakkan gigi...So...kalau abang 'sayang' saya selalu...nanti tak payahla pergi dentist da,..."

"Waah...info baru...Ok meh kissing"


Tapi sebaik sahaja dia nak kiss saya lekas2 larik ketakutan.... Seyes..terus bulu roma meremang...

Kenapa?


Sebab dia siap kumpul air liur dia.. Siap tarik kahak lagik..Kuang ajo........

Pastu bila saya pun buat benda yang sama.. Dia dengan eksen...

"Kalau berani mehla..."

Pastu bila saya dah dekat kononnya dah bersedia la nak lawan balik... Baru saya teringat satu hukum..

HUKUM GRAVITI...


Hubby kan tinggi..saya kan rendah...mestilah saya yang kena...

Huhuhuhuhu...akhirnya..adegan romantik bertukar perang... Perang bantal.. Siot ayam.......Muhahahahahaha...takpe...pasni mintak Kiss...jangan harap aku nak bagi dengan cara yang romantik..harus aku balas...muahahahahhaha.... Tunggu bang tunggu.....Ahahahahahah







p/s : itulah susahnya bila otak Nakal tu selalu je bergeliga.... Nak romen2 pun susah kalau asyik kene usik je...Romen 5 minit..kene sakat nyer berjam2... Tapi itulah yang manisnya.... Buat saya ketawa 5 6 hari..hihihihii



Note : Jangan pikir yang bukan2 ya....

9 comments:

Intan and The Boys said...

hehehe.
awak slalu kena sakat ek. kite lak slalu sakat suami. hehehe. terbalik kot.

siap tarik kahak tu yang tak menahan. hahahaha~

Watierman said...

Moga kerukunan rumah tangga pengikat kasih sayang Dik berdua kekal berpanjangan.....sakat suami isteri tu adat lah Dik....tak de sakat menyakat...tak berseri....pulak...tambah2 kalau isteri tu chengeng........!

Siap kumpul kahak......kelakor tul!

Mimy Hamid said...

heheeh..errrr...bila akuleh bercium gak ni..tungguuuuuuuuu

daela said...

hahahahahha...geli lak dila baca...but kelakar betul korang ni..

suezen said...

ahaks...entry nih org yg dh kahwin je leh bc:)

Queen said...

puteri kure2 : tau takpe..kahak tu..yeeekkk

kak watie : amiinnn..saya tak cengeng..bila jebek2 je terus hubby pujuk2 manja..eheheh.ngengado...

mimy : cepat kahwin..amik aku buat pelamin ko nok...hehehe

dila : yang alami ni lagi geli + ngeri..ahahah

suezen : ehehe..yang belum pun buleh..cuma tak boleh praktik jela..ehehehee

Dee said...

erk...speechless..

nabila saat said...

chumel...!!!

cikbedahlaser said...

leh tahan r kuang ajor nye..
ahahahahaha
so sweet.....

yup..cium2 n hugging2 adalah acara wajib....
skrg aku tgh fkr..klu ade anak camne la gak nye dorg sok... aaaghahahahaha...

Related Posts with Thumbnails