Tuesday, April 13, 2010

Sedangkan pantai juga berubah

Kalau dulu kau jahat
Kau boleh berubah jadi baik
Lalu kesilapan yang lalu letakkan di belakang

Kalau dulu ko cengeng
Kau boleh berubah
Lalu letakkan identiti cengeng mu di dalam lipatan lama...

Kalau dulu kau sombong...
Kau boleh berubah
Menjadi manusia yang lebih baik

Manusia ni dilahirkan tidak sempurna. Yang sempurna hanya Allah SWT. Hanya dia yang mengetahui. Dia mencipta manusia pun memang tidak sempurna. Kerana kesempurnaan itu kita yang cari. Kita yang usaha. Membentuk diri kita menjadi lebih baik.

Kita duduk dalam komuniti. Kau nampak kawan kau tak bagus...tegur. Kau nampak dia tak elok...tegur.. Kalau dah tegur tak nak elok juga..elok la jauhkan diri je... Tapi andai dia tu berubah...Kenapa mesti ko sepak2.. kenapa mesti kau pandang dia dengan pandangan yang sama sebelum dia berubah?

Kita tak punya hak untuk menghukum sesiapa pun. Aku juga salah. Mulut direct dan mudah menarik muka masam. Aku dulu anggap penipuan adalah satu keseronokan. Tapi aku berubah. Dan tetap mereka memandang aku seorang yang hina. Seorang yang teruk.

Setiap manusia pun pernah tersalah langkah. Kalau dulu dia pembunuh. Dia perompak... Masa itu dia jahat. Lalu kita nasihat dia. Kita hukum dia. Kemudian dia bertaubat.. Meminta pengampunan dari penciptanya.. Lalu dia berubah.. PERLUKAH HUKUM ATAS KESILAPANNYA YANG LALU?
Atas KEKURANGANNYA di masa lalu?

Adakah kita ini seorang MANUSIA, HAMBA ALLAH yang SEMPURNA?

SESEMPURNA manakah kita?

Saya suka jika ada yang menegur salah dan silap saya. Jika benar salah, jika benar tak elok. InsyaAllah saya berusaha untuk memperbaiki. Tapi sekiranya saya dah pun membaiki. kemudian saya tegur orang lain atas kesalahan yang sama yang pernah saya lakukan...adakah sesuai untuk menghukum saya dan mengatakan saya tidak layak menasihati? Hanya kerana dulu saya berbuat salah dan silap yang serupa? Saya DAH berubah..dia BELUM...ada BEZANYA....

Saya ada seorang kawan. Dulu dia jahat. pernah gugurkan kandungan. Kemudian dia berkahwin. Orang masih lagi menganggap dia perempuan hina. Sampaikan bila dia mengandung pun..masih ada yang bertanya padanya aktiviti dia semasa dia masih bergelumang dosa. Lalu dia menangis. Hanya kerana noda yang lalu yang tak terpadam. Walaupun dia telah bertaubat.. Siapa kita hendak menghukum masa silamnya...

Memang sukar....saya tahu kerana saya mengalami. Saya pernah jahat. Orang tak suka saya.. Tapi at least saya jujur dgn diri saya. Saya jujur dengan orang lain. Saya INGIN berubah.
DAN ORANG MASIH MEMANDANG KISAH SILAM SAYA.....

Yang bertahun saya tinggalkan... Yang berzaman saya lipat dalam lipatan sejarah.. Lalu pernahkah anda memandang diri sendiri. Adakah tiada titik noda di dalam hati kamu?

Setiap hari manusia berubah...ada yang berubah menjadi lebih baik..ada yang masih sama..ada yang menjadi lebih teruk....Ada yang berubah mengikut peredaran masa...Ada yang berubah ikut persekitaran..... Insan yang sama tidak akan mempunyai personaliti yang sama seperti semalam... Tiap orang punya cara berbeza,.,,


Kalau ada insan yang pernah saya jauhi kerana kekurangannya..tapi dia BERUBAH... Layanan padanya adalah sama rata seperti yang lainnya. Kerana itu adalah masa silamnya.. Selagi dia BERUBAH.....
Saya tidak mahu menghukum atas kesilapannya yang lalu... Kerana dia SUDAH BERUBAH.







p/s : masih ada orang yang memndang saya seperti saya 2 tahun lepas....

9 comments:

Unknown said...

Pantai boleh berubah... Apatah lagi manusia kan Dik kan!

Chenta said...

Queen..

Pengalaman adalah guru terbaik untuk mengajar kita jadi lebih baik dari sebelum .

Saya menganggap awak sebagai sahabat ( adik ) yang terbaik sepanjang kita bersama di alam maya ini .

Jangan mengalah . Teruskan apa yang terbaik dalam hidupmu .

Dee said...

bila kita berubah..kita mengharap pengampunan Allah SWT..yg lain usahlah difikirkan..kita x boleh menghalang org dr terus memandang kita hina..mengadulah pd YG MAHA ESA..insyaallah..kita akan lebih tenang..

p/s: akak dulu pun jahat..

Queen said...

kak ogy : ya..manusia juga berubah seperti pantai...ada yang makin tehakis...ada yang makin kukuh dgn tebing konkrit...hihi

kak linda : terima kasih kak...saya berpegang pada kepercayaan akak utk saya menjadi org yang jauh lebih baik dari semalamnya...

suezen said...

sedey bc entry nih!

cikbedahlaser said...

baca entry ko..dgr lak lagu kt blog kak dee.. owhhhh

biarkan org berkata..yg penting hati n niat kite allah tahu...

aku dlu juga budak jahat.. tp skrg dh baik dah.. yg penting suami kite percaya kita.. islam agama kita.. al quran kitab kita.. allah itu hanya satu-satu nya tuhan kita.....islam adalah cara hidup dan pegangan kita...

Queen said...

kak dee : terima kasih....ya..Tuhan mungkin mendengar....

suezen : eh..nak mo sedey2...masuk blog nie mesti mau ceriaaaa.....muahahahaha

cik bedah laser : owh...itu takkan pernah berubah...tapi sikap...sikap...owh..pedih2..

cikbedahlaser said...

hmm sikap tu yg ssh tu..nape ssh nak ubah sikap berbanding perangai ekk

Queen said...

erk..tetiba dah tak paham awak cakap pe....hihi...cikgu..terangkan buleh?

Related Posts with Thumbnails