Monday, April 5, 2010

Apa ekau tunggu lagi...

Semalam Opah datang umah MIL. Kami semua berkumpul ramai-ramai di rumah MIL. Seronok dengar Opah bercerita. Kadang tu dengar juga dia mencarut..

"Pu***** apo namo orang tu eh.."


Kami ni duk hihihiihihihihhihi jela kat belakang. Kadang-kadang terkeluar jugak ketawa mengilai bila Opah buat lawak..

"Eh ekau nie aku hantar skolah tinggi2, apo ko belaja? Mano ado orang tanam pokok gotah ompek inchi sotongah...Apo bo*** la ekau ni.."

Apa lagi, kami cucu-cucu ni gelak la mengilai-ngilai tengok Abg Ayie terkulat2 di marah Opah...Ahahahhahaha..... Hanya kerana tersalah dengar, makan makian je 2 3 bakul..Ehehehhe...

Tapi saya suka Opah. Mak tua senyap sikit. Atau maybe saya yang jarang dengar. Opah ni ibunya kepada Pak Andak dan Pak Andak tu ipar Mama. Opah baik. Masa saya kahwin hari tu, dialah datang doa-doakan apa yang patut. Dan merestui perkahwinan kami. Seronok tengok Opah masih sihat berjalan walaupun umurnya dah mencecah 83 tahun.... Tapi macam biasalah..tak ada gambar sebab saya sibuk di dapur...


Terkenang cerita semalam saya terus teringat yang saya tak pilih lagi pemenang... Boleh?
Alahai...saya janji..hari ni akan saya pilih pemenang.... Hubby tetap kene pilih..... Sorry lah kawan-kawan.... Jangan maki saya pula ya... Hadiah semua dah ready.. Tapi pemenangnya belum ada.....







p/s : 2 3 hari ni duk rasa pelik...

7 comments:

Watierman said...

Pelik ada makna Kot!

Unknown said...

Jgn biar pelik menyelubungi diri anda hehehhehe..

cikbedahlaser said...

so apo tgu laie... copek buek apo yg patut.. akakakakaka

asal rasa pelik???

Ilyana said...

nyesal tak join contest. soalannya susah sgt. hehehee..

Dee said...

mmglah pelik..sbb x announce pemenang lg..dh lama menunggu nih..hahaha..

Queen said...

kak watie : entahla...

cik bedah : tu la..malam ni segera den buek..

pinky : susah ke? tapi tak cuba tak tahu kan..hihihih

kak dee : rasanya lah...baik buat cepat2..

saidila said...

apo susah2.....pilih jo den sobagai pemenangnya.....takdelah nanti rase pelik....huehuehuehue

Related Posts with Thumbnails