Thursday, June 17, 2010

Hukum KARMA

Kadangkala kita tak sedar..apa yang kita lakukan hari ini memberi kesan di kemudian hari..

Contohnya,

Kita membuang plastik gula-gula ke dalam longkang..  Setelah berbulan atau bertahun, longkang itupun tersumbat.  Ya...barangkali bukan serta merta tersumbat.  Tapi satu hari nanti..ianya pasti tersumbat.  Sekiranya 100 orang membuat perkara yang sama, lebih cepat ianya tersumbat.

Itulah kesinambungan hidup.  Apa yang kita lakukan akan mendapat kesinambungannya pada esok hari.

Seorang ibu di tampar oleh anak nya..  Nampak kasihan bukan?  Tapi mungkinkah ibu itu sendiri pernah mengherdik ibunya, menampar ibunya sewaktu kecil?..  Hukum KARMA..  (Tapi masih berdosa tau buat dekat ibu begitu..never and ever okey..walaupun siapa ibu kita)...

Kita rajin...berusaha...  Satu hari nanti pasti berjaya...


Tetapi dalam sesuatu perhubungan, ianya sedikit berbeza.  Pernah dengar "Gunung berapi meletus" ?

Seorang suami kerap bersabar dengan isterinya...  Dah ditegur tak dengar, dah dinasihat tak dengar.  Pengakhirannya, bila 'gunung berapi meletus', isterinya disimbah asid....

Dan apa yang orang nampak cuma....kesalahan seorang suami...


Begitu juga seorang isteri.  Bilamana setiap kali kata-katanya dipandang rendah oleh suami.  Tidak dilayan seadilnya, dilayan seperti si isteri datangnya dari keluarga yang bodoh dan tak berotak.., tiada situasi menang-menang (win-win situation).  Cuma ada satu pihak sahaja yang akan menang..menang dan menang..  Dan bilamana seorang isteri bercakap dan dikatakan membebel....  Kelak satu hari nanti bila isteri itu tidak lagi mahu bercakap..kerana kecewa dan terus kecewa.  Bayangkanlah rumah tanggamu yang akan sunyi sepi tanpa celoteh seorang isteri.



Bila keadaan-keadaan di atas berlaku....kita perlu lihat ke belakang, apakah yang telah kita lakukan...
Mungkinkah dahulu kita pernah berbuat sesuatu yang dipandang remeh oleh diri kita..tetapi memberi IMPAK yang besar kepada orang lain




psssstttt....sentiasa mahu muhasabah diri..menjadi lebih baik dan lebih lebih baik

11 comments:

Balqish said...

salam ziarah.
keadaan begini memerlukan kesabaran sebenarnya kan?
hahaha.

kalau gunung berapi meletus tu dah parah.

A D I A said...

morning queen :) suka perumpamaan yang diberikan, ongkang tersumbat :) pagi2 ni dah terfikir. betul, sabar ada hadnya. muhasabah diri, jangan asyik salahkan orang. nobody is perfect.

Ilyana said...

betul tu Nik.. lgla dah jd mak mcm ni. setiap apa i buat kena jaga. i takmo nnti ada bdk copy bulat2 benda tak elok i buat. perkara paling senang, mcm xbuang sampah merata kat luar tu jdkan amalan.

kimi skang dh pandai pungut sampah masukkan dlm dust bin! bangga sbb i dah ajar dia buat benda elok..

..and segala percakapan kena jaga juga sbb anak tu akan copy bulat2 apa yg dia tgk dan dgr.

karma ni akan pusing2 kat situ gak. benda plg senang nak ubah ke arah kebaikan kita kena semai dlm diri kita dulu gak awal2..

cewahh..mcm tulis blog lak komen i ni

Intan and The Boys said...

pucuk pangkalnya, semua berbalik pada iman dan didikan. kan?

MaZNi PutERi said...

betul tu! buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali kan. tapi, bila dah buat baik, janganlah kita dok harap org balas. Allah kan ada. Dia lebih tahu...

Queen said...

balqis : salam ziarah...betul tu..gunung berapi meletus bahaya aaa...ngeeee

ADIA : morning..lama tak nampak adia dekat sini..betul, sentiasa muhasabah diri..nobody perfect..tp kalau tiada angin pun ..maskaan pokok bergoyang ye tak..hahahah

pinkyangel : dah pandai ek..seronot kan kalau anak2 ikut benda2 positive..kalau benda negative je..itu mesti bapak dia..ahahahhaha....(ayat melepaskan diri..ahahhaha)

puteri kure2 : betul..setuju...tp ade jugak org didikan dah sempurna.tetap jadi syaiton..makanya ia kembali pada dalam hati kita sendiri..

mazni : betul..kat mana entah saya ade baca pasal melepaskan kereta..kereta lain yang berbudi pada kita..smeuanya TUHAN yang tentukan..ngeeee

Yan said...

ekekeke igtkan nak cite pasal buang sampah tadi...

bab 'gunung berapi' tu mmg bahaya..

Dee said...

oh..k dee percaya 'karma'...apa kita buat..kita akan dpt balasannya..x kira baik ataupun jahat..

i_sofia said...

*speechless* & *insap*
tambah2 bila dah ada anak nih, lagi la memerlukan kesabaran. apa2 yg kita buat semua ditiru.
dgn suami, perlu ada toleransi, xleh simpan2 dlm hati. tu yg bila terjadi gunung berapi meletup - dah xleh nk kawal dah or dah terlanjur jauh..
byk lagi contoh kan?? ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

muhasabah diri...mmg betul.

gunung berapi meletup tu ...mintak dijauhkan.

Seorang suami seharusnya lebih sabar orangnya. Ketua keluarga yang membimbing keluarga bukan memusnahkan keluarga.

Semua masalah boleh dibincang dengan baik. Yang penting tiada sikap ego dalam diri masing2.

Queen said...

yan : ahahah..tuela..selalu buat entry melelongke lain..ngeeee

kak dee : betul 2...setiap apa yang kita buat hari ni ada kesinambungannya di masa hadapan..

kak rina : erk..tu perumpamaan je..memang tak patut pun....

Related Posts with Thumbnails