Wednesday, March 2, 2011

Petua menambahkan susu ibu terutama bagi ibu yang baru lepas bersalin

Nik dapat Petua ni dari one of Blogshop...Tak beli pun barang die..baru je jumpe..nampak petua ni.....So nik sharing sini la..

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Manalah tau nanti2 nik pun hadapai maslaah kekurangan air susu kan..so nik tempek kat sini utk memudahkan rujukan nanti..  =)

Thanks pada My baby store untuk Tips ini!

      3 comments:

      Pinky Angel said...

      lobak putih tu pnh try. tp takleh masuk lak kat tekak. sgt tak sedap. hahhahaa

      miSz tUna said...

      Ape pun puan hati2 dengan apa yg puan makan waktu beri susu nnt, cthnye herba ke ape ke.. sbb akan keluar sekali dlm susu. kalau tak sesuai dengan baby, baby boleh jadi kuning :)

      Dee said...

      kurma pun bagus tau nik..

      Related Posts with Thumbnails