AMARAN!! ENTRY INI PANJANG DAN MUNGKIN TIDAK BERBALOI UNTUK KAMU BACA. IANYA ADALAH LUAHAN HATI SEORANG BLOGGER YANG TIDAK MENYUKAI CIK ANONYMUS! SILA JANGAN KOMEN SEKIRANYA KAMU TIDAK BEGITU MEMAHAMI ISI KANDUNGAN ENTRY INI LALU MENGELUARKAN KOMEN-KOMEN YANG TAK BEGITU BAIK. TERIMA KASIH!
dan sila baca entry ini dengan nada lemah lembut sebab saya tidak marah..saya memberi penenrangan kepada Cik Anon yang kesian ini....
Sebelum tulis entry ini , saya sudah meminta pandangan hubby. Dia kata abaikan. Anonymus ni boleh jadi sesiapa sahaja. Kalau nak menulis juga, maka berhati-hati. Kita tidak tahu dengan siapa kita berdepan....maka saya pun menerangkan lebih kurang isi kandungan entry ini dan hubby mengangguk dan bersetuju.
Bukan apa, sejak dua menjak ini ada banyak pulak anon yang menyibuk dalam blog saya ini. Mula2 tu memang la SPAM utk tajuk entry
"Tag dari Daela"...
Tapi saya malas nak tutup ruangan untuk anonymus menulis. Manalah tahu dia tak ada blog ke, tak ada gmail ke... Tapi nak komen...ape salahnya...Ada pulak yang malas nak log in pun ada...Walaupun banyak SPAM yang masuk, tapi dalam entry itu sahaja. Maka saya abaikan sahajalah...
Tapi semalam saya terima satu komen dari cik Anon untuk entry saya yang agak baru juga
"TERHAD!"...yang berbunyi begini
"tak baik cakap org, as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out, dia suka style mcm tu u siapa nak cakap, u tak suka of course u tak buat.. hai bila cakap cuba pandang diri sendiri juga.. i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. huhu"Eh...tiba-tiba saya rasa nak tergelak lagi guling-guling. Saya bukanlah siapa-siapa nak kutuk orang. Ape lagi nak kutuk penampilan sesetengah orang di hari bahagia. Maklumlah, taste orang lain-lain. Saya ni pun bukanlah pereka fesyen terkenal mahupun pengandam pengantin yang hebat. Saya pun baru nak merangkak naik. Tapi gaya Cik Anon ni macam terasa sangat je....Kenapa? Awak makan cili ke?
Maaf la cik Anon..bukannya nak kata awak. Ayat saya tu secara rawak. Kalau ade sape2 terasa hati tu, bak orang kata..sape makan cili terasa pedasnya, maka awak dipersilakan keluar dari blog saya serta merta kerana saya malas nak melayan orang yang terasa lebih-lebih.
"u tak suka of course u tak buat."
Mestilah! Kita buat apa yang kita rasa cantik. Orang buduh je yang akan buat apa yang dia rasa tak cantik tapi tetap nak buat.. Apa-apa sajalah kenyataan awak tu. Tak matured langsung. Komen dikeluarkan atas angin. Lari Tajuk!.
"u siapa nak cakap"
Ini Blog saya. Dari pandangan dan kaca mata saya. Saya ada HAK untuk nak kata orang tu buat kelakar, tak cantik, atau vadevas kebabom asalkan saya tak sertakan muka atau gambar, ataupun menyebut nama. Saya tidak menjatuhkan sesiapa. Awak tu siapa nak bercakap begitu? Saya juga tidak menghina sesiapa seperti mana yang awak katakan pada saya...
"as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out"
Ahahahaha.....Saya sedar wedding saya pun tidaklah all out. Idea banyak tapi maklumlah, wang tak banyak. Saya orang susah...Jadi seadanya. Tapi tak adelah sampai old skool... Bagi saya lah..sebab ini kan blog saya. Takkan la saya sibuk nak tulis orang lain cantik sangat2 dan saya pulak huduh dan tak begitu comel di blog saya sendiri. Biarlah orang lain nak kata saya tak cantik. Asalkan saya berpuas hati. Dan saya tulis pun di blog saya sendiri. Bukannya sapa pergi blog orang dan kata
"saya cantik..awak huduh..." atau
"awak jahat..saya baik.." seperti mana yang awak buat...
"i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. "
Syaa pun tak mahu menulis entry ini jika awak berfikir sebelum meletakkan komen dengan tanda nama Anonymus di blog saya.... Saya tulis secara rawak dan di dalam blog saya. Saya tidak memalukan sesiapa dengan meng 'komen' ketika dalam majlis perkahwinan mahupun di gambar kahwin. Saya menulis pandangan secara rawak itupun saya sendiri tidak tahu dimana....Mungkinkah di pesanan penaja saya yang secotet itu?
Tapi awak dengan jelas dan terang lagi bersuluh memperkatakan perkahwinan saya secara direct di blog saya dimana sebenarnya saya tidaklah kisah sangat....Tapi awak mempertikaikan pandangan saya terhadap fesyen rambut satu pengantin yang kelakar bagi saya...Sama juga seperti saya mengutuk gaya artis-artis Malaysia bila berambut macam jambul ayam....
Dengan tidak memberi salam..dengan tidak memperkenalkan diri malah
PENGECUT untuk meletakkan identiti diri. Maka saya rasa awaklah orang yang
BIADAP kerana tiada adab sopan. Atau sebenarnya awak terasa yang ada sesiapa yang saya kutuk itu yang tak cantik dan old skul? Maka awaklah yang sebenarnya mengutuk dia. Kerana saya tidak menujukan pada satu orang. Saya menyebut secara rawak....kenapa nak terasa sedang kan saya tak kata siapa2 pun.. Saya tak mention nama siapa...atau kat mana majlis itu berlangsung....tidaaaaakkkkk...saya cuma kutuk pesen rambut yang bagi saya amaaaatlah kelakar..Malah gaya rambut dan mekapnya membuatkan dia
kelihatan tua dari usianya. Tapi juga saya tetap tak salahkan hair dresser dia...Jadi agaknya siapa Cik Anon ni?
Pengantin yang Old School tu ke?...Ha..Kan saya kata...
kalau dah makan cili jangan jadi kera yang meloncat-loncat.....Buat malu diri sendiri sahaja...
Saya sebenarnya tidak kisah. Sebab saya nak juga bertanya
di mana old skul nya perkahwinan saya.
(
saya memang old school sikit...pakai gown di hari kahwin dgn pearl beads bukanlah trend semasa...orang dulu2 kan pkai gown semata....orang sekarang pakai gown buat baju persalinan je...biasalah tu...baju nikah pun pakai Lace dengan beading merah hati...)... saya juga
tak mention siapa-siapa hingga boleh menyebabkan orang itu terasa hati (
kecuali memang dia sedar diri yang dia itu pun old skul..atau cuba mempertahankan kawannya yang sudah nangis tak keruan...).....
adakah pada baju nikah saya? hand bouquet saya? mekap saya? atau pelamin nikah saya yang cuma duduk di atas bulu2 lembut dan tidak di atas kerusi? atau pada gown saya yang memang sengaja saya pilih tidak kembang.... yang mempunyai kaki kain bercorak seperti lace bandung yang sangat cantik (bagi saya lah) serta full pearl beading di bahagian badan dan lengan? atau gaya saya bergambar Dimana agaknya Old School nya majlis saya ya? Marilah kita berkongsi pendapat. Saya perlu upgrade diri saya yang ketinggalan jauh ini supaya saya dapat menyediakan yang terbaik untuk pelanggan saya. Memilih material yang paling up to date sert jenis hand bouquet yang sentiasa fresh...
Maaf la..saya tak kata sesiapa secara terang-terangan seperti mana awak meletakkan komen mengata gaya saya yang old school di blog saya sendiri... Ataupun awak ada mengomen gaya saya yang lapuk ini serta tidak all out di blog awak cuma saya sahaja yang tidak tahu....
Sebenarnya banyak cerita kelakar dalam majlis kahwin saya yang boleh diceritakan bersama. Macam-macam kenangan. Dengan kompang yang tak sampai-sampai, majlis yang kelam kabut..memang kelakar. banyak yang diluar kawalan saya. Saya tidak kisah. Sebab saya berpuas hati dengan makeup dan baju yang saya pakai pada hari itu. Walaupun kek kahwin saya condong bak menara Pissa, lauk pengantin tak sedap, abang saya yang menjemput semua tetamu pergi sebelum sempat saya sarung cincin.... Ahahahah...macam-macam kenangan....Yang penting saya bahagia dan yang penting suami saya tahu siapa saya. Berbelanja mengikut kemampuan dan besederhana. Tapi saya tidak suka dengan cara Cik Anon yang dengan sesuka hati menempek komen di blog saya. Saya tak komen Cik Anon pun. Cik Anon nampak ke macam mana pengantin tu? Cik Anon tahu ke?
Gaya bercakap macam tahu.... Atau memang sendiri
terasa diri sendiri? Takpun
kawan-kawan cik Anon sendiri sampai nak
terasa lebih-lebih...
Jadi Cik Anon
Jika Cik Anon rasa saya old school, out dated dan bersikap kejam serta zalim dengan mengutuk gaya rambut yang tak cool serta trendy seperti mana wartawan mengutuk gaya rambut Britney yang botak....Makanya, baik Cik Anon membaca blog lain sahaja. Atau boleh baca ebtry-entry yang berbaur keagamaan, yang suci. tapi jangan lepas tu komen kata saya ni Ustazah Celup pula....
Cik Anon itu tiba-tiba menegur saya atas kutukan itu agaknya sebab saya keluarkan P/S sebegini kot...
Tapi adelah satu pengantin tu.....hairstyle, mekap semua out..... tak sangka masih ada yang buat rambut style Hetty Koes Endang bertudung.... Tudung jadi rambut = sarang burung....Gelak guling2...Sampai sekarang saya masih tidak percaya, orang yang berlagak
DIVA dengan perkataan
UUUPPPPPSSSSSs bagaikan cik minah artis kepoh yang tidak pernah lekang dari mulut yang comel itu akan mekap dan membuat rambut yang begitu tidak kena dengan dirinya di hari bahagianya. Kasihan..tuannya lawa. Menjadi rebutan. Tetapi tiada langsung taste... (
ini diakui oleh beberapa orang sendiri dan dari pemerhatian saya yang "bukanlah siap-siapa")... tapi itulah..mungkin kerana kawan-kawannya meletakkan komen yang dia begitu cantik dan anggun di gambar-gambar nya maka dia begitu confident....Malah cakap pun berapai-api, asala boleh nak lebih dari saya. Saya tahu kerana ramai juga yang menyampaikan... .Saya kasihan dengan dia. tidak apa-apalah..asalkan dia bahagia..... Benda-benda ini sementara sahaja. Buatlah sekadar mampu. Cuma yelah, sayang juga kan....
p/s : Kes pengantin old school tu berlaku tak tau lah bile2 kan...tahun lepas ke...tahun nie ke...minggu lepas ke...minggu depan ke....entah2 saya puya khayalan je...tak pasal2 ade Cik Anon yang perasan..... Tapi ramai yang kata wajah saya masa kahwin seperti Noraniza Idris. Mungkin kerana saya tembam macam Noraniza Idris. Hehehee...tapi saya tak kisah. Sebab hubby saya kata saya saaaaaanggaaaaaaatttt cantik hari itu....weeeee