Thursday, March 11, 2010

Hati panas....otak sejuk.....

Sementara hati tengah panas ni, memang sedap nak luahkan...

Pagi ni yang indah dan ceria ni, bangun awal. Siapkan breakfast...nugget ayamas dan juga roti butter letak gula. Minum pulak dengan air teh O. Sambil gurau-gurau pilih Love la..pilih drumstick la...

Masa naik lif, hubby tertinggal keretapi sebab lif dah penuh. Disebabkan turun dulu, sementara menunggu tengok Maintainance Office buka. Waa..buka..bolehla bayar maintainance fee. Sementelahan Maintainance Office ni selalu bukak tak ikut waktu yang di tampal di pintu depan. Dia ikut suka dia je buka. Tapi time tutup mesti sharp tau!...

Syaza yang selalu uruskan tu tak ada. Yang ada cuma DIA (bukan nama sebenar). Cuma ada seorang auntie berbangsa Cina tengah di kaunter membayar maintainance barangkali. Lama antie tu tunggu. Dekat 10 minit.
Lepas tu sampailah giliran saya. Sikit punya lama mencari nama dan nombor rumah. Hubby kat luar dah ram, ram motor.... Suruh cepat la tu.

Nak je saya kata "Cepat sikit boleh?"

Tapi nanti di cap kurang ajar pulak.. Sabar lagi. Lepas tu habis dia semak yang tunggakan (sepatutnya tuan rumah yang bayar sebab tunggakan tu untuk bulan yang saya tak duduk di situ lagi.

"ini ada tak bayar..you nak bayar bulan berapa?"
"bulan ini punya la..."
"last you bayar bulan berapa?"
"bulan lepas " dah start rasa annoying...


satu-satu dia mengeja. Ya..MENGEJA. Sebab? LEMBAB kalahkan kura-kura. Satu-satu dia tick.

"Ini nak bayar apa ni?"
"Maintainance sama air"
"Sinking fund tak nak bayar?" Selalunya Syaza akan masukkan sekali sinking fund ni dalam resit. Jadi bila ditanya berasingan di campur dengan hati yang dah panas ni memang saya geleng je...

sambung menulis dekat resit. Gaya dah macam Alisya yang 5 tahun tu menulis. Satu-satu. Lama tau.. Ingat dah settle, rupanya baru nak tulis nama.

"Aiyo..nama you ni panjang betul la..."
"Hurm...."
"A-E..."
"A***** B*****......" saya tolong ejakan....tapi dia still nak tengok pada list dia tanpa hiraukan saya yang sibuk duk mengeja nama tuan rumah saya....Berlagak..orang tolong tak nak...

Dia hulur je resit, saya terus capai, hulurkan not RM100....

"Aiyo... 40 sen ada?
"Tak ada.." Padahal malas nak korek handbag dah....
"Mumbling..mumbling...mumbling"
"You amik ini satu ratus balik, you pergi tukar dulu boleh"

Saya terus fadeup... Memang hati terus panas malah hangit. Rasa nak je sepak dia. Tapi apakan daya....

Saya ambil balik duit saya yang not RM100 tu, pastu terus keluar.. Sambil berpaling saya kata...

"Nanti petang je saya bayar lah"
"Eh.nanti-nanti.."

Saya keluar je tanpa menghiraukan dia panggil saya.. Tangan dah gigil nak penampar orang....
Rupanya dia ikut. Hubby dah masam menunggu. Lama kot..Lebih 20 minit tau!

"Saya sudah issue ini resit la"
"Takpe..you cakap je dengan Syaza nanti petang saya datang ambil..saya bayar"
"Hello..hello.."

Saya memang berlagak kurang ajar, terus naik motor, terus suruh Hubby jalan.



Saya sangat bengang. tadi hubby gurau-gurau pun saya warning. Saya tengah bad mood. Jangan nak menggatal usik-usik kalau tak nak kena marah. Nasib baik hubby faham.. Itu pun sempat nyanyi lagu Dia gadis bertudung merah Wali Band...Cess.... Mentang-mentang lah saya bertudung merah menyala pagi ini. Memang kena lah dengan mood yang merah ini kan..


20 minit untuk bayar maintainance...Last-last cakap tak ada duit kecil, pergi tukar. Saya faham kalau dia tak biasa nak serve orang untuk bayar maintainance. Mungkin dia bukan ditugaskan untuk jaga kaunter. Dia boleh cakap dia tak tahu. Daripada dia biarkan orang menunggu macam tu. Dah la lama. Saya faham kalau masa masuk dia kata maaf lah cik, saya tak biasa. Nanti lama. Ini tidak. Biar je orang menunggu di abuat kerja lembab. Lepas tu nak slaahkan orang tak bayar bil. Macam mana orang nak bayar kalau begini kaedahnya. Kalau hari Sabtu lagi ikut suka buka. Pukul 11 la.. Pukul 10 la.... Pukul 12 dah tutup.
Tahu tak bahawa orang semua bekerja. Awak buat lambat macam tu..bayangkan pukul berapa orang tu nak masuk kerja..... Serius..saya kecewa..panas hati dan sangat marah diperlakukan macam saya ni sebenarnya orang yang tak ada kerja lain selain menunggu dia.


Piss Off...





p/s : hari ini banyak kerja....sempat nanti baru blogwalking...terima kasih kerana sudi membaca luahan hati ntah hape-hape ini..hehehehe

2 comments:

Unknown said...

Hakak Hati panas bila beli barang tuan kedai takde duit tukar.. pastu soh KITA pulak yg tukar duit dulu.. Memang la Haku mendidih dibuatnya.

mrs.ecam said...

huh klu aku dh lme aku sound..."cpt sket bleh x...sye nk g koje nih"
fuhh nsb bek umh sye x yah bato mentenen2 nieh...dl ms bujang ado la...heeeeeeeee

Related Posts with Thumbnails