Idea saya untuk menulis blog 2 3 hari ini memang banyak. Melimpah ruah. Saya nak tulis abaout friendship, about loyalty, abaout wedding, about orang yang kengkonon high taste and very 'the omputih' but end up with some makcik-makcik style...very 'the old skul' yooouuuuuu......, saya nak menulis tentang harapan, tentang kenangan, tentang konflik, tentang skandal dan tentang sikap.
Tapi semuanya jadi terhad. Jadi terbatas. Untuk makluman semua, idea dan konsep asas kandungan blog saya di tapis oleh husband saya. Untuk mengelakkan orang yang makan cili supaya tidak terasa pedasnya dan cuba melepetkan ke muka orang lain pula supaya semua pun terkinja-kinja sama dengan dia. Husband saya terlalu menjaga perasaan orang. Jadi saya hormati setiap tegurannya.
Tapi untuk 2 3 hari ni, oleh sebab semuanya panas dan sensasi, semuanya ada kaitan dgn hubby and the 'tak berapa' gang....jadi semuanya dah ditapis dan dihadkan sampai lama-lama saya pun dah tiada idea....
Takkanlah nak tulis aktiviti semalam yang dimulakan dengan menu sardin (atas permintaan hubby tau!) hinggalah terlelap di depan emma yang tekun tolong jahitkan baju saya (nampak sangat biadap..tapi aku ngantuk ma...sorry ma...memang macam di beri ubat tido...)...
Owh..mari kita layan gambar Roz...Walaupun gambar di majlis dia banyak yang rosak dimana saya pun tak tau ape masalah nya,.....kita layan mana yang ada jerla ye!
Gambar pun rosak, idea pun TERHAD!....
Jadi ini sahajalah update untuk hari ini...... Sob..Sob......
Untuk pakaian pengantin dan Handbouquet seperti Roz dan Syah, boleh contact
NIK 0123857747
nikhakimah@yahoo.com
http://quinybridal.blogspot.com
p/s : Suka dgn Roz punya makeup dan hair style...Nampak sangat sentuhan Chinese (Roz gunakan khidmat Chinese Makeup and hair dresser...) Very vadevasss........Tapi adelah satu pengantin tu.....hairstyle, mekap semua out..... tak sangka masih ada yang buat rambut style Hetty Koes Endang bertudung.... Tudung jadi rambut = sarang burung....Gelak guling2...Emma, ko kahwin pakai tudung kemas2 k!.....Lagi cantik dan berseri!
7 comments:
cantik..
Aisey! Nak menulis tapi tersekat.. bole terbantut semua idea tu... Takpe ada la sebabnyer tu.
Cantik make up, rambut dan baju pengantin.
Aduyai..rasa mcm nak ulang semula pulak moment tu.. huhu..
pengantin pomfuan yg ayu gitu !
kak dee : memang cantik...
kak ogy : itulah..tersekat rasa di dada...
kak rina : boleh ape ulang balik, pakai baju pengantin, solek cantik2, ambil gambar...Quiny Bridal buat pakej utk itu...
lawa pengantin
tak baik cakap org, as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out, dia suka style mcm tu u siapa nak cakap, u tak suka of course u tak buat.. hai bila cakap cuba pandang diri sendiri juga.. i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. huhu
wah3...skang dah ade anon plak dalam blog nie...bagus2..ada peningkatan...maksudnya ada gak orang nak baca blog huduh i nie....
first thing, this is my blog, sukati la i nak ckp pe, kalau u tak suka dgn pe yang i tulis, u blh keluar, tak payah baca.
and some more...u mcm tahu je ape yang jadi sampai i tulis macam tu....u tau ke? kalau tak tau, jgn berkata cik anon, kalau tahu cerita, tp tak suka, tak payah baca cik anon...karang masuk blog org lepas tu nak komen org tu...buat la blog sendiri....uppppss..terlebey suda....
Post a Comment