Friday, March 5, 2010

8.30... 8.50...... sama je

Hairan pelik bin ajaib... Saya amat pelik dengan masa. Tak kira pukul berapa saya keluar rumah, saya hanya akan sampai ke office jam 9.10 - 9.15 am.(sila abaikan yang saya masuk kerja pukul 9 ya..ehehhe..hari-hari lambat)...

Saya keluar jam 8.30 am.....saya sampai jam 9.15 am...

Saya keluar jam 8.50 am....saya sampai tetap jam 9.15 am...

Saya rasa kerana aliran trafik. Sebab?Jam 8.50 am, kereta dah tak banyak. Jadi trafik lancar. Jam 8.30 am, kereta berduyun-duyun nak pergi kerja. Jadi jalan Jam.

So, apa bezanya keluar rumah awal atau tida..sama sahaja...



Malas la nak pening-pening pikir soal jam. Menu pagi ini cuma salad. Lupa nak beli roti. Barang-barang dapur pun dah habis. Yang ada cuma sedikit kobis, broccolli dan juga fillet ketam. Owh ya, dan juga mushroom. Ada ikan siakap lagi separuh, masak untuk malam ini lah.

Bahan membuat salad :
Kubis
Brocolli - potong sedang elok ngap mulut
Mushroom - hiris sederhana nipis.
Fillet Ketam (kalau pakai dada ayam lebih sedap)



Kaedahnya :

1)Kubis di racik halus

2)Mushroom boilkan dalam periuk. Sebaik air menggelegak, angkat mushroom. Celur pulak broccolli. Jangan lama, celup terus angkat dan bilas dengan air sejuk.

3)Fillet ketam di goreng kemudian di hiris nipis-nipis. Kalau guna dada ayam, dada ayam di boilkan bersama-sama mushrooom dan broccolli. Kemudian siat-siatkan nya menjadi hirisan kecil (macam buat isi meehoon sup).

4)Gaulkan semuanya dengan mayonis sesedap rasa, sedikit lada sulah. Kalau guna ayam, letak sikit serdak biskut..

5)Hidang..(sedappppppp)









TADAAAA!!!!! Breakfast saya pagi ini...

Nescaffe 3 in 1 panas tarik



Salad


Salad ni bukan sahaja sedap, malah orang yang tak suka sayur pun akan suka. Berkhasiat. Cukup serat. Kalau fillet ketam tu ganti dengan ayam laaaagi bagus dan laaaaaagi sedap.
Yang penting DIET yang SEIMBANG untuk permulaan hari yang SIHAT.






p/s : hari ni tiba-tiba hilang ingatan nak buat p/s. Boleh kah?Ahahahhah

3 comments:

eynda said...

Hubby akak selalu cakap...dia keluar ke ofis/ dari ofis awal cemana pun sampai rumah/ofis tetap time yg sama...sebab tu dia keluar keje dari rumah lewat skit...kalau awal pagi lagi habis masa kat dlm jam jek...

Salad tu buat akak terliur la...sedap tu :-)

Unknown said...

Dik! kan besh kalau kita work from home jerkan! Takyah nak sesak2 ngan Jem nih... Verangan jer la! hehehhe.
Wah! sungguh berkhasit sarapanmu!

Queen said...

kak eynda : nanti boleh la try..tapi memang..rasa nak datang lewat je hari2.sebab tak waste time dekat atas jalan..tapi tuela..kedatangan tak cantik la..

kak ogy : memang verangan sajork la...ahahahha

Related Posts with Thumbnails