"Mah, balik rumah cik petang ni. Ada apa benda penting malam ni? Ada nak pergi mana-mana?"
Suspen...
"Tak ada...Kenapa"
"Tok ma nak datang..bla..bla..bla..yadda..yadaa..yadda.."
Suspen...
"Tak ada...Kenapa"
"Tok ma nak datang..bla..bla..bla..yadda..yadaa..yadda.."
Laa..ingatkan apa... Mak buat panggilan kecemasan. Adeeh.. Terberhenti jantung sekejap.
Ingatkan ada kecemasan dekat rumah, rupanya Tok Ma saya dari Kelantan nak datang rumah. Kami ni nak balik Kelantan sikit punya susah. Jadi bila Tok Ma datang melawat anak-anak (dah macam terbalik kan?ekekekkeke), kami ambil peluang la..Lagipun Tok Ma belum sempat jumpa hubby sejak kahwin.
Lepas kerja, berdesup ke kedai motor. Hubby tukar minyak hitam la..Minyak 2T habis la.. Tukar bulb lampu depan la... Haiz..banyak pulak kejadahnya nak balik ni. Bukan tak nak balik naik kereta. Tapi mengenangkan jalan yang sesak di LDP dan nak keluar dari Damansara tu, rasanya lebih baik naik motor sahaja.
Sempatla beramah mesra. Yong beli sate, cik masak tomyam dan sambal sotong (saya tau..nie mesti semata-mata sebab my hubby yang suka makan sambal..)
Settle makan-makan semua, bertolak balik dari Sepang ke Damansara jam 11 malam. Kami sampai dalam jam 12 tengah malam, mandi, urut tangan hubby jap..terus ZZZzzzzzZZZZ....
Pagi ni dah bangun lambat. Jadi no breakfast. Lagipun roti dah habis... Beli je breakfast di kedai bawah.
Sekian..
Salasilah keluarga saya...
Ibu saya adalah keturunan Cina yang diserahkan kepada keluarga Melayu sewaktu zaman pendudukan Komunis dahulu. Waktu itu masyarakat hidup susah, lalu ibu saya antara yang diserahkan kepada keluarga Melayu untuk di jaga. Keluarga Melayu itu adalah atuk angkat saya Haji Che Abas. Beliau berkahwin dengan Tok Ma saya kemudian bercerai pada usia muda. Beliau berkahwin pula dengan Tok Mek saya, manakala Tok Ma berkahwin dengan Tok Ayah Abah (Cikgu Aziz). Mak saya dibela oleh Tok Mek dan Haji Che Abas hinggalah Haji Che Abas menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian mak saya diserahkan kepada Tok Ma (Hasanah) sebagai amanah oleh Haji Che Abas hinggalah mak saya dewasa. Oleh itu saya mempunyai 3 keluarga berasingan di sebelah Mak saya. Keluarga darah daging ialah yang berbangsa Cina. Malah ada antara mereka yang tak boleh berbahasa Melayu sekalipun. Malah ada yang saya tak kenal mereka. Saya cuma ingat Atuk saya..Atuk Wong (Lai Ah Wong). Nama Cina mak saya Lai Ah Ki..kalau tak salah la...
Keluarga ke dua ialah adik beradik dari keluarga Haji Che Abas dan Tok Mek.
Keluarga ke tiga adalah adik beradik dari keluarga Tok Ma dan Tok Ayah Abah....
Haji Che Abas dan Tok Ma rasanya tak sempat menimang cahaya mata bersama. rasanyalah... Nanti balik tanya lagi.
Sebelah ayah saya kurang complicated. Cuma yang saya dapat tahu, disebelah datuk ayah saya, ada keturunan Siam... Tapi kesimpulan utamanya, ayah saya memang Kelantan jati. Dan kami mempunyai pantang larang.. Tak boleh makan ikan kekacang... Saya sendiri pun tak tau ikan kekacang tu macam mana rupanya...ekekekke...
p/s : saya berdarah campuran...tapi tak cantek pun...ehehhehehe... Melayu Siam + Cina
3 comments:
Dik! Nenek akak belah mak pon cina melayu bela masa zaman perang dulu.
Nenek akak kawen 3 kali masa zaman muda dia..Hebatkan org dedulu nih! hehehhehe!
tapi pic ko x ada muka cina pon
kekekeke
sebab aku ikut bapak...lagipun dah makin besar makin hilang cino nyer..sila tgk picca adik2 aku.
Post a Comment