Sunday, March 21, 2010

Filem Biru, otak biru, mata biru, haru biru....

Hari Jumaat malam Roz dan Syah datang ambil hand bouquet.... Untuk reception mereka hari Sabtu lepas. Tak dapat join sebab Hubby ada kelas... Kemudian Syah bagi soalan cepu gangsa..

Bila nak ada anak...

Ahahaha...... Saya memang teringin.. Tapiiii....belum lagi kot... Nanti2lah.

Sementelahan pula saya dapat cerita panas dan sensasi tentang anak-anak kawan kepada kawan saya. Cerita tu membuatkan saya terfikir kembali sejauh mana kekuatan saya untuk mendidik anak-anak saya. Memberikan mereka suasana yang baik untuk tumbesaran mereka, pendidikan mereka.



.................................................................................................

Kesnya :

Kawan kepada kawan saya ada 3 orang anak. Masih kecil. seorang di sekolah menengah. seorang disekolah rendah dan seorang lagi masih bersekolah tadika. Satu hari, mak budak ni ternampak 2 anak dia yang bongsu dan yang tengah sedang main-main dalam bilik. Main apa? Main 'love-love'..... apa benda main 'love-love'?

Main 'love-love' = meniru aksi dalam Filem Biru (baca : blue)

Bila diselidiki, rupa-rupanya dua anak kecil itu terlihat abang nya melihat Filem Biru itu dalam bilik belajar. Mak budak itu sangat marah. Bersama-sama dengan ayah budak, mereka bertubi-tubi soal yang sulung mana dia dapat itu Filem Biru... selidik-punya selidik, rupanya ianya adalah kepunyaan Ayahnya......

Jadi tak jadi marah. Anak yang kononnya nak dimarah keluar bilik dengan gelak-gelak. Dengan ketawa-ketawa. Anak-anak dimanjakan. Kesalahan ditumpuk kepada ayahnya sahaja. Tiada didikan.

Itu bukanlah pertama kali. Dahulu pernah ter'kantoi' anak-anak melihat Filem Biru yang di'download' kedalam telefon si ayah dan mereka menengok sambil tergelak-gelak kecil. Itupun ada makcik yang terlihat, maka mengadukannya pada mak ayah budak-budak tu. Tapi pengakhirannya sama. Perkara itu dibiarkan berlalu...

Malah budak-budak ini terlebih dimanjakan. setiap bulan MESTI dibawa makan sedap-sedap, dibelikan hadiah bermacam rupa dan ragam. Selang 2 3 hari dah rosak. Dibeli lain pula... Dibuang lagi..dibeli lain pula.

Yang peliknya, untuk kesalahan yang kecil seperti degil tak nak masuk tidur, tak nak basuh tangan, di pukul dengan rotan, dengan pili paip... tapi bila untuk kesalahan kecil di biarkan sahaja....


.................................................................................................




Cerita-cerita di atas menyebabkan saya berfikir dua kali untuk mempunyai anak. Bukanlah bermakna saya melihat Filem Biru. saya geli ok!. Biarlah orang kata untuk improve skil ke ape ke..saya tak peduli.. saya tak mahu tengok..YUCKKKSSSSS...... Tapi sya terfikir, kita adalah contoh untuk anak-anak kita. Role model. sejauh mana kita bersedia untuk menjadi Role Model untuk seluruh kehidupan kita termasuk percakapan, gaya hidup, pemakanan, adab dan tata susila. Saya jadi bingung..


Anak-anak ibarat kain putih...Kitalah yang mencorakkan mereka.





p/s : Ole-Ole Bali Contest sudah hampir sampai ke penghujung nya.... Bagi yang belum menyertai, cepat!..Sementara Tawaran masih terbuka...

7 comments:

Dee said...

dunia sekrg mmg penuh cabaran dlm mendidik anak2..anak akan mencontohi ibu bapa...baik bagaimana ibu bapa bergaul dan tingkahlaku..

queen..jgnlah sebab ini queen takut utk mempunyai anak..kdg2 ibu bapa dh melakukan yg terbaik tetapi dlm setandan pisang pasti ada juga yg busuk yg x boleh dipakai..salah ibu bapakah? atau salah anak2 itu sendiri?

susah nk ckpkan..tp apa yg queen citer tu..nmpk sgtlah ibu bapa yg bersalah..dan perkara2 spt itu jgnlah diambil ringan..ianya bukan jenaka..ianya permulaan kpd masalah sosial dlm masyarakat..wallahualam..

Nl said...

kuah dah tumpah ke nasi... huhuhuhu

eynda said...

Memang susah nak mendidik anak-anak...orang akan melihat mak bapak dlm diri anak2 huhu...akak dulu masa 1st pregnancy dah siap pesan kat hubby...jaga perangai elok2....jangan tergoda dgn kawan2 lelaki yg suka mencabar...pepaham je la kan manusia ni ada yg suka ajak kita buat benda tak elok...sebab akak kata apa yg kita buat sejak dari anak dikandung akan beri pengaruh pada baby....satu hari nanti kalau anak buat perangai jgn kita nak melenting sebab itu mungkin padah dari perbuatan kita jugak....so memang kita la role model utk anak2 sejak diaorg masih janin yg kecil...

Intan and The Boys said...

memang tak ptot betul mak pak wat pangai tak senonoh camtu depan anak. tonton, simpan cd, klip blue ni sampai terbolos sampai ke tangan anak2.

bila anak2 dah besar sket, mula la dia nak praktikkan apa yang diorang tengok tu. nauzubillah...mintak jauhkan la!

Queen said...

kak dee : takut atau tidak tetap kena tempuh..cuma makin kena cepat utk lebih bersedia...baru boleh cepat timang baby dengan rasa YAKIN...ekekek

naqeeb : hopefully tiadalah yang lebih sudu dari kuahnya...ekekkek

kak eynda : setuju!..kita role model....

puteri kure2 : dalam kes ni, belum besar lagi dah meniru...macam mana tu?..ha...aiyoook!..ekekke

cikbedahlaser said...

yup... 1 of my biggest fear to have kids.....

smpi satu tahap...sy ckp dgn suami...
tak nak anak la... bla bla bla..

n suami jawab.. eleh ckp je x nak anak...tp bile tgk anak org..sibuk nk anak.. ~~diam~~

hahahahaha kite kena jd manusia sblm nk didik ank kite jd manusia

m-i-o said...

hmmm. bak kata penulis saifulislam.com -

anak2 mungkin gagal mengikut apa yang kita kata,
tetapi mereka takkan pernah gagal meniru apa yg kita buat.

kalau kita ketam, bagaimana utk mengajar anak berjalan lurus?

Related Posts with Thumbnails