Thursday, March 25, 2010

Keep your friend close, keep your enemy closer...

Keep your friend close, keep your enemy closer...


Pernah dengar tak frasa di atas? Mengenali dan mendekati musuh kita lebih dari mendekati sahabat kita. Baru kita tahu apa kelemahan dan kekurangan mereka. Bagi saya bukan apa. Ianya meningkatkan motivasi kita dan rasa keyakinan dalam diri kita.

Tapi yela, bukan senang nak rapat dengan lawan kita. Bukan senang nak melihat apa yang dilakukan mereka. Rasa mendidih sahaja. Berlebih-lebih nanti orang kata kita ni pendengki. Jadi kena sentiasa berhati-hati. Maklumlah, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Hati-hati menyimpan guntingan, agar kain tak nampak rabak, rahsia orang tak nampak. Kalau dah nampak, jangan melenting bak khinzir tercekik tulang. Buruk benar rupanya.

Lagi sukar nak mengenal siapa kawan dan siapa lawan. Banyak sangat topeng yang dipakai. Bukan 1 atau 2. Mungkin 10 atau 100. Ada yang bersifat macam lalang. Kejap meliuk ke kiri. Kejap meliuk ke kanan. Muka macam malaikat, dalam hati siapa tahu. Terpaksalah menjaga setiap butir kata. Bukan smeua dapat terima apa yang kita katakan. Nanti digelar bermacam gelaran. Siapa nak menanggung.


Ini adalah auto publish. Karangan entry kali ini sebutir-sebutir menari di dalam kesyahduan dengkuran hubby dan kebisingan jentera membaiki jalan. Jam sudah pukul 3 pagi. Teringat pula lagu P Ramlee. Alangkah baiknya jika hubby masih berjaga, pasti dia akan mengurut belakang saya sambil nyanyikan lagu P Ramlee...

"Pukul 3 pagi.....lalalalla....Gosok gigi...minum kopi....lalalalalala"


Ya, pukul 3 pagi, tapi mata ini sikit pun tak mahu lelap. Bersengkang macam jam 10 pagi. Harap-harap besok mata ini tidak kuyu di office. Tadi ke One Utama. Tengok wayang cerita Solomon Kane. Best. Aksi2 nya.. Tapi ending dia adak tergantung. Biasalah, cerita omputih, belakang mesti nak tergantung.

sebelum masuk ke dalam wayang, sempat singgah di Home's Harmony. Berjalan2 konon nak tengok kusyen lantai. Sekali tak jadi beli Kusyen lantai. Kami beli Bean Bag. Semua sekali total RM100++ je. Lebih murah dari beli online dan saiznya lebih kurang. Kalau online paling murah saya jumpa RM170. Saya beli yang 2 warna. Merah dan biru tua. Corak macam football. Macam ada harapan nak anak pertama anak lelaki. Ayahnya dah cenderung kesitu gamaknya....


Lepas tengok wayang, singgah di Uptown beli makan malam. Balik sambung menjahit gown untuk customer saya Puan Yana... Dah alang2 menjahit gown, terus sambung jahit butang baju kemeja dan ada satu kemeja hubby yang carik di hujung. Walaupun skil menjahit masih lintang pukang, tapi keseluruhannya saya masih berpuas hati dengan mutu jahitan saya... Walaupun menjahit gown putih dgn benang berwarna pink dan hijau. Serta menjahit baju kelabu dengan benang coklat tua. Ok, tak nampak ape...kikikiki....Maklumlah, stok bennag dah habis....Malas betul nak refill...


Ok la..mata dah layu..nak teman dengkuran hubby la pulak. Boleh mimpi2 nak tengok mimpi breakfast apa besok....






p/s : sebelum entry makin caca marba dan mengarut2 baik saya hentikan aja....bye....daaaa

3 comments:

Intan and The Boys said...

murahnye bean bag tu. oh. skang tgh sale kan. tu harga lepas sale ye? atau normal price?

fazemy said...

Mana gmbr bean bag tu. Akak nak tgkkkkkkkk...

Queen said...

puteri kure2 : itu harga dah sale. tp sale kat home's harmony utk bean bag tak banyak..just minus 20%...lepas tu nik ade membership..so deduct lagi a few percent...

kak emy : pagi td lupa nak snap...nanti dah snap saya upload k!

Related Posts with Thumbnails