Wednesday, March 10, 2010

Lelaki rajin wanita terharu...

Semalam hubby call dalam pukul 6.30 pm macam tu. Katanya malam itu kena balik rumah Mama. Agaknya dah rindu sangat dengan Alisya, dengan Kimi, dengan Kaisara.

Tak kesahla. Balik rumah Mama bererti tak payah masak. Jadi saya sudahkan kerja-kerja saya yang banyak ni (termasuk membersihkan tanaman di kebun saya..hehehe)...Selesai semua kerja, jam dah menunjukkan pukul 7.20 pm.

Cepat-cepat berkemas, dan balik. Singgah la sekejap Pasar Malam. Beli Murtabak. Takkan nak makan kat rumah mama dengan tangan kosong je kan. Murtabak 4 biji. Sedap. Siapa-siapa cari murtabak yang sentiasa sedap walaupun bulan puasa, boleh cari di Pasar Malam Seksyen 19, Jalan Universiti Petaling Jaya. Selasa malam. Gerainya betul-betul di depan orang menjual Nasi goreng, meehoon goreng yang berharga RM2.50..

Kemudian bermula lah sesi menapak ke kereta yang parking sikit punya jauh. Maklumla, datang lewat, parking dah penuh. Lagi pulak ada pasar malam. Jadi parking yang ada untuk letak dari pagi sampai malam sangat sedikit.

Jalan tak sesak. Seronok je meluncur balik. Sampai je, hubby dah sambut..Siap buka gate segala...siap sayang2 segala. Rupanya dia nak kan rod pancing kat dalam boot kereta je..Hampesss....

Settle makan, mandi. Bermula la pulak sesi menunggu hubby siap beramah mesra dengan semua. Saya yang dah kepenatan ni dah terlentok kepenatan. Lama-lama tertidur atas sofa menunggukan dia. Tidur dengan kepala yang berat mengingatkan kerja kat office yang berlambak-lambak... Mengenangkan pinggan tak berbasuh, baju tak berjemur, rumah tunggang langgang. Alahai..bila lah hubby nak balik nieyh... Pukul 12 dia kejutkan saya bangun, baru nak balik. Ingat tak nak balik.

Saya ada satu habit tak bagus. tak suka orang ganggu saya tidur tau. Kalau tidur saya terganggu, siap la..memang mengamuk je tak tentu pasal. Jadi saya mengamuk tak ingat punya.
Bawak kereta macam orang gila. Sampai rumah, parking pulak tak ada. Parking kereta sikit punya jauh...cuci kaki, cuci muka terus tido. Bag-bag yang saya bawak tadi saya campak je tepi dinding.

Saya dah tak hirau dah rumah bersepah ke apa. Saya bengang betul dengan hubby. Dengan mengantuk lagi.


Pagi tadi rasa malas nak bangun. Tengok hubby berdengkur lagi kat sebelah...Alahai..nak kena mengadap rumah yang bersepah. Nak buat breakfast pun tak ada mood. Dapur kan tak kemas lagi..

Sekali buka je pintu bilik.....


RUMAH DAH SIAP KEMAS.
BAJU DAH SIAP JEMUR
PERIUK DAH SIAP CUCI
DAPUR DAH KEMAS
AIR MASAK DAH SIAP REFILL
TEMPAT GANTUNG BAJU DAH SIAP BERGANTI.

WWaaaaa...sangat terharu ok... Sangat-sangat terharu.... Tanya hubby yang mata duk terpejam lagi ..pukul berapa tidur semalam...

PUKUL 3 PAGI....


Waaa..waaa.waaa.lagi lah terharu.... Tiba-tiba rasa bersalah pulak mengamuk-ngamuk semalam. Mesti hubby terasa hati betul sampaikan dia kemas semuanya.

TERIMA KASIH SAYANG.......SAYA BANGGA MEMPUNYAI SUAMI YANG RAJIN DAN BAIK SEPERTI KAMU.......






p/s : pagi tadi walaupun dah lewat laju je siapkan breakfast untuk hubby. Macam biasalah, baked beans + sosej + scramble egg + roti + cheese.......


MODE : BUSY

5 comments:

Dee said...

nik..lenkali jgn marah2 ye..kemas umah tu ujung2 minggu pun boleh..kalo ada anak lg penat..kita kemas..dia punggah..kita kemas..dia punggah..lg menguji kesabaran..hehehe..

mrs.ecam said...

btol...sye sukung ckp sis dee...nie lom de ank...nnti dh de ank mmg tdo terganggu jela bile ank nk susu ke lampin bsh ke...pape pong mmg terharu kn klu dpt hubby baekk camni....heeeee

Queen said...

kak dee : sebab tu tak ready nak ada anak lagi...

mrs ecam : memang terharu...

fazemy said...

Hehe..husband akak pun kdg2 rajin. tp takla serajin Dzul ni sbb dia tak tahu buat kerja rumah lgsung. Yang epprnha akak terharu masa nak kluar ni..dgn kelam kabut kejar masa nak mandi iron baju smua2...lepas mandi tgk dia dah betulkan cadar kat katil. pestime tu. terharu sungguh. kemas je dia buat. klw tak dia lipat baju ke..masuk baju dlm lemari sndiri ke..smua akak kena betulkan balik. tak kemas. Akak jenis nak tersusun je..pastu sblom kluar rumah kena cantik2..arghhh sungguh cerewet. keke

Chenta said...

alahaiii....

part yang last tuh rasa terharu sangat !

Ermm..... begitulah kehidupan suami isteri . Saling memberi dan menerima .

Related Posts with Thumbnails