Sunday, March 21, 2010

Hubungan itu perlu dipelihara

Ini nenek nak bagi nasihat....ekekkeke.... bukan nasihat apalah.. Tapi based on experience..apa yang berlaku disekeliling saya.

Hubungan yang kita wujudkan kena di jaga. Hubungan persahabatan, hubungan sesama insan, hubungan dengan encik Tunang, dengan encik suami, dengan kawan office. Lebih-lebih lagi kita ni perempuan. Perempuan ini pembawa fitnah. Buka mulut sikit pun boleh jadi fitnah. Maka jadilah kita orang perempuan ini golongan yang paling ramai dalam neraka.


Oleh kerana kelembutan hati dan kekacauan emosi kita, maka kita seringkali melakukan kesilapan. Di situlah letaknya fungsi kawan yang perlu menasihati, menegur. Dan jangan kita melenting membabi buta. Menolak segala dakwaan sedangkan apa yang dikatakan itu benar.

Dalam dunia akhir zaman ini, yang hak di injak-injak, yang bathil di junjung-junjung. Bila mana benda yang betultidak ditegakkan, maka sampai bila-bila pun orang yang bersalah rasa dirinya selamat. Dan akhirnya terkena la batang hidung sendiri.


Bila menyebut tentang hubungan yang perlu dipelihara..bukan bermakna kena (baca : mesti) contact selalu, gather selalu, borak dalam phone selalu... Cuma tak perlu sampai bermusuh. Sentiasa menghulurkan bantuan ketika diperlukan... Itu gunanya kawan. Jangan tikam belakang. Pelihara dan hargai kepercayaan yang diberikan. Ingat semasa susah senang bersama dulu.

Sebab itu orang kata pilih-pilih kawan. Berkawan dengann orang yang baik-baik turut membentuk kita menjadi baik. Berkawan dengan pengotor boleh membuatkan kita juga jadi pengotor. Mak saya kata :

"kalau kita berkawan dengan sesorang itu selama 40 hari, maka kita juga akan terkesan dengan sikap dan perangai nya.."

Contoh : adik saya berkawan dgn hamster, lama-lama perangai pun macam hamster. cara tidur, cara makan. Kalau kita berkawan dengan kucing, nanti kita pun ada sifat-sifat kucing. Manjanya, sensitifnya. Bukanlah bermaksud kita transform menjadi Kucing atau hamster, tapi sifatnya.... Bukan semua, sebahagiannya....

Contoh lain : jika kita berkawan dengan orang yang lembut, sopan santun, ada sikit-sikit kesopan santunannya yang akan kita ikut secara tak sengaja.


Oleh itu, kawan yang tak baik ini harus kita hindari. Tapi bukanlah sampai putus silaturrahim. Cuma perlu dijauhi. Dan dalam masa yang sama menegur. Kalau berubah baguslah. Satu Bonus.


Hubungan pertunangan adalah hubungan yang tidak kurang kritikalnya. Bila dah bertunang, salah sekiranya ada orang yang 'potong line' tau. Inikan pula kita yang nak cari pasal. Lagi nak menyendeng-nyendeng dengan kekasih lama (yang merupakan kepunyaan sahabat baik kamu snediri...). Sedarkah bahawa kamu tu dah bertunang, dah dipunyai orang. Kenapa mesti nak mengimbau kenangan lama. Lagi mengundang curiga bila dilakukan secara rahsia-rahsia.. Apakah?

Sebab tu bila orang menegur jangan melenting. Sentiasa muhasabah diri... Dah la perasan sendiri. Lain yang orang cakap lain yang di fikir. Bak kata orang, siapa yang makan cili pasti terlompat-lompat macam kera. Eh-eh..silap......mana boleh gunakan perumpamaan begitu. Nanti saya ni dikatakan menyamakan orang dengan haiwan (walaupun perumpaan sahaja). Dah saya ni jadi tukang fitnah dan jadi orang yang menzalimi. Tapi Tuhan tu maha adil, maka setiap apa kebenaran yang diselindungkan serta doa mereka yang teraniaya akan termakbul. Tuhan tunjukkan juga.

Dan Alhamdulillah bakal suami kamu tu sanggup meneruskan perkahwinan. Terima kamu seadanya. Tak sedar diri juga tak tahu lah. Sudah la berskandal.....uuuuppppsssss....terlebih sudah.... kawan baik punya sendiri pulak tu....uuuuuppppppsssss....terlebih lagi..... Kemudian bila dah kantoi mengamuk2 macam kamu mangsa...uuuuuppppssss....terlebih lagi....

Kemudian bila ada yang menegur terus kami buat muka anak tikus macam kamulah mangsa.. Pathetic!....


Orang tua kata..kalau bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.

Sendiri mau ingat!...





Hubungan itu perlu dipelihara..... Cinta perlu dipupuk. Kalau tak dipupuk ianya akan ditelan zaman.... Sebab tu orang kata kalau tak mahu jangan di layan..kelak memakan diri...


Kalau dah bersuami pun sama. Jangan duk mengilai lagi dgn lelaki lain. Jaga pandangan mata..jaga tingkah laku. Jaga tata tertib...


Kalau duk bercinta lagi.. Tak usah nak pandang yang lain sedangkan janji setia dah dilafaz pada yang menanti. Hargai perasaan setiap wanita. Mereka adalah permata yang berharga.




Saya dah penat nak tegur. Benda simple pun susah nak simpan dalam kepala..











p/s : Tuhan maha Kaya....... kebenaran tersingkap...nak sedar dgn tidak ajela..nak berubah taua tidak sajelah...

3 comments:

eynda said...

Sukaaaaaa sangat entry ni...& setuju 100%.... :-)

Queen said...

thanks kak eynda... :p

Unknown said...

Satu lagi bila berkawan jgn suka amik kesempatan... berkawan sebab ada kepentingan.
Ramai Hakak jumpa org mcm ni...

Related Posts with Thumbnails