Tuesday, March 2, 2010

Maut di rempuh kapal terbang

Maut dirempuh pesawat mainan kawalan jauh



MODEL kapal terbang kawalan jauh 'Richmodel Quickie 40' yang mengakibatkan kematian Musthafa (gambar kecil) di Bandar Saujana Putra, Puchong, semalam.

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh di kawasan lapang di Bandar Saujana Putera, Banting, dekat sini, kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika, Musthafa Osman, 48, bermain permainan itu bersama rakannya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal dan gagal dikawal rakannya sebelum terjunam dan mengenai kepala mangsa yang mencangkung di kanan rakannya itu.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum meninggal dunia kira-kira jam 3 petang," katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan rakan mangsa yang mendakwa mempunyai 10 tahun pengalaman bermain permainan itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Di IPOH, anak sulung mangsa, Ridzuan, 24, berkata bapanya yang tinggal di Seri Muda, Shah Alam, sejak awal pagi sudah bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu.

"Ketika ayah sibuk memasang dan memeriksa kapal terbang miliknya, sebuah pesawat dipercayai

milik rakannya hilang kawalan dan melanggar belakang kepala ayah.

"Hentakan kuat itu menyebabkan ayah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya," katanya yang ditemui di rumah datuknya di Rapat Setia, semalam.

Katanya, bapanya koma selama enam jam sebelum meninggal dunia kerana kecederaan dalaman di kepala dan bengkak di bahagian otak.

"Saya tidak sempat menemui ayah kerana sebelum kejadian, ayah yang memiliki syarikat jurutera terpaksa keluar daerah di Kelantan selama 10 hari.

"Sebaik ayah pulang ke rumah Ahad lalu, awal-awal pagi ayah sudah sibuk bersiap untuk menyertai rakannya bermain permainan itu," katanya.

Berikutan kejadian itu, Rudzuan terpaksa menunda pendaftaran kemasukan ke Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, April ini.

Musthafa meninggalkan seorang balu, Rohizah Osman, 42, dan tiga lagi anak berusia 23, 19 dan 15 tahun.

Ridzuan berkata, sebelum kejadian, bapanya tidak menunjukkan apa-apa kelainan, kecuali membeli bantal serta tilam baru.

"Saya tidak menyangka itu petanda ayah akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya," katanya.

Jenazah Musthafa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Sungai Rapat selepas solat Zohor, semalam.






Alat permainan pun boleh jadi merbahaya.... Macam-macam... Orang kata ini nak dijadikan sebab sahaja. Yang pasti, Allah dah menentukan ajalnya sejal ia belum lahir ke dunia lagi. Nyawa dan kehidupan kita hanya pinjaman sahaja...

Al Fatihah buat arwah....semoga dia aman di alam sana... Tak ziah juga untuk keluarga arwah..



p/s : nak share berita ini dengan peminat "helicopter" dan peminat kapal terbang di rumah ini. Tengok, kalau helikopter abang langgar sayang camner? Ha....baik jangan main dah..takde pekdah nya..ekekkekekekkeke

2 comments:

Unknown said...

Innalillah.... Penyebab jer tu!
Hatta kalau main teng teng pon kalau dah sampai ajal meninggal jugek!

Dee said...

takziah utk family pakcik tu..eh dok dlm umah pun bahaya..tgh makan pun lum mati..ajal x mengira tempat sis..

Related Posts with Thumbnails