Monday, March 1, 2010

JANGANLAH SEKALI DUA KO NAK SAPU!!! TAK MALU!

Ibu Syafia kesal, ingin mulakan kehidupan baru

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


SITI NURHANIM bersama ibunya Azizah Udin (kiri) ditenangkan Shahrizat dalam lawatannya ke rumah keluarganya di Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh, semalam.

Nurhanim rayu bantuan JKM, sertai program pemulihan

SUNGAI BULOH: Ibu Syafia Humairah Sahari, 3, kanak-kanak yang mati didera, Nurhanim Aziz, 25, merayu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar beliau dan dua lagi anaknya ditempatkan di rumah kebajikan untuk menjalani pemulihan, kaunseling dan perlindungan bagi memulakan hidup baru selepas trauma dengan kejadian menimpa anak perempuannya.

"Saya sudah banyak melakukan kesilapan, kalau boleh saya nak minta bantuan JKM. Ambillah saya, jagalah saya dan anak-anak saya... saya minta tolong, bantulah saya," katanya sambil menangis ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Sungai Plong, di sini, semalam.

Katanya, beliau tidak sanggup lagi hidup menderita kerana terpaksa berdepan satu demi satu cabaran dalam hidup bermula dengan penahanan suaminya, Sahari Usol, 33, di Penjara Sungai Buloh sejak 2006 kerana kesalahan jenayah sebelum kehilangan anak tersayang.

Menceritakan pengalaman hidupnya, Nurhanim berkata, selepas suami dipenjarakan, beliau yang sebelum itu suri rumah sepenuh masa terpaksa bekerja sebagai promoter pusat membeli belah di ibu negara bagi menyara anak-anak dan pada masa sama berdepan pandangan serong masyarakat kerana bersuamikan banduan.

"Saya masih muda... suami saya sudah lama ditahan (di penjara) menyebabkan saya hidup menderita. (Kemudian) Teman lelaki (suspek) hadir dalam hidup untuk membantu dan menjaga saya sehingga kami merancang untuk berkahwin tetapi suami tak nak melepaskan saya.

"Pada masa itu saya tidak tahu pada siapa nak mengadu dan meminta tolong, sekarang (kematian anak akibat didera) banyak pihak menyalahkan saya sedangkan ketika menderita tiada siapa yang ambil tahu," katanya sambil mengaku serik untuk menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidup.

Nurhanim berkata, sejak berkenalan dengan suspek, lelaki itu menunjukkan sikap mengambil berat terhadap anak-anaknya termasuk Syafia Humairah dan sering kali membawanya keluar makan bersama serta membeli pakaian baru untuknya.

"Sebelum ini saya pernah melihat ada kesan luka dan lebam pada badan Syafia Humairah, tetapi bila saya tanya pada arwah, dia cuma kata terjatuh ketika bermain di luar rumah. Saya tidak menyangka sebenarnya perbuatan itu dilakukan oleh suspek.

"Saya sekarang sentiasa teringatkan Syafia Humairah... nak melelapkan mata pun nampak wajah arwah. Beberapa hari sebelum meninggal dunia, dia ada membuat permintaan supaya saya memakai tudung," katanya.

Nurhanim berkata, pada hari kejadian, beliau sedang bekerja dan menerima panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu Syafia Humairah meninggal dunia akibat terjatuh dari motosikal menyebabkannya terkejut dan bergegas ke HKKB.

"Tak sangka rupa-rupanya anak saya tidak terbabit dalam kemalangan, tetapi dipukul dan didera suspek sehingga meninggal dunia," katanya sambil menafikan laporan media sebelum ini yang mengatakan beliau mengandung empat bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya itu.



Owh..tolong lah..saya sangat menyampah...tengok muka dia pun tahu pura-pura..hidup baru? Sebelum kau bertanggung jawab atas apa yang dah terjadi, jangan mimpilah kau dapat hidup baru macam tu je. Anak kau di dera. Bukan baru baru... dah lama... Sekarang kau nak JKM bantu? wei, ramai lagi yang lebih layak dibantu daripada bantu kau. Lebih ramai ibu-ibu tunggal yang setia dengan ARWAH suami yang membesarkan anak sorang2 yang mesti di bantu..

Serius..kalau Shahrizat bantu dia bodoh-bodoh je, memang dengan Shahrizat sekali kena laknat...



dah la..sambung buat kerja lagi bagus dari tengok berita pempuan ni...menyampah...inilah dia kalau diri sendiri tak tau jaga kehormatan sebagai ISTERI....kalau kau single mingle, kerosakan akhlak barang kali. Tapi kau tu ada HUBUNGAN sebagai ISTERI....Ada Lelaki di luar sana yang ada HUBUNGAN sah dengan kau. Kau jaga hubungan tu tak boleh ke?..Kalau tak suka, putus, cerai. Pastu kahwin lain..JANGANLAH SEKALI DUA KO NAK SAPU....Pastu anak ko sbeagai tanggung jawab utama kau abaikan....

Kalau tak bersedia nak ada anak..jangan ada..inilah jadinya.....


p/s : ada new project..at last..berkembang sikit otak yang dah nak berkarat ni...


Pssstttt : walaupun hubby dah warning jangan post dalam blog, saya tetap nak post..walaupun perli-perli..walaupun hint-hint, walaupun berkias-kias..saya tetap nak post..sorry lah....

7 comments:

cikbedahlaser said...

huh??
nk JKM amik die???
bela die??
owhh hell....
sumbat dlm perjara je la...
klu zaman rasullah dlu bukan kena rejam je ke dorg2 nih...

rejam je la... bg pengajaran mendalam skit kat org2 lain yg 'bongok' tu...

puan punyer said...

akak ingat queen sokong dia tadi, fuh lega tidak rupanya. nasib akak baca sampai abih....... pada akak alasan dia x logik.. kang komen byk nanti orang marah.

Queen said...

betul kak..ade rupanya yang menyokong mak safiyah nie...padahal dah terang2 dia buat silap...malah pada hari yang sama dilaporkan ada mak buang bayi dalam pam tandas sampai remuk...nie seangkatan la ni..

cik bedah laser : in namanya dunia akhir zaman..

fazemy said...

Pelik arrr kenapa tak tgkp skali mak safiyah ni. kira dia suspek gak la. insaf kepala hotak dia la..boypren dia dah pukul anak dia lama dah..bkn baru haritu. Budak tu slalu je kena dera kenapa tak pernah nak tgglkan laki tu. Bodoh punya pompuan!

Intan and The Boys said...

geram kan?
kite dah penat dok luahkan perasaan tak puas hati ni.

cuma Allah je dapat balas setiap perbuatan dia.

Queen said...

kak emy : sokong..mak dia pun dikira bersubahat dengan boypren dia..

puteri kure2 : dah penat, tapi takkan pernah menyerah kalah...sape nak bela nasib safiyah tu...

ceh...cakap berapi ye dok...ekekekkekek

Unknown said...

Banyak dah kes budak kena dera ngan boipren... Yg maknyer plak buta gamaknyer...
Dah mati anak baru nak berubah! BINGGAI!

Related Posts with Thumbnails