Thursday, March 4, 2010

Buat kerja sampai terb***k

Balik kerja semalam lesu sangat. Walaupun sampai rumah dah senja, sempat terlelap depan kat hall depan dengan baju kerja, dengan tudung tak bukak. Memang lesu. Memang tak elok tidur waktu senja. Tapi semalam memang lesu. Dengar azan terus bingkas bangun. Nak masak memang malas. Takde hati rasa nak masak. Lagi pula semalam hubby balik lewat. Ada kerja dia kena siapkan untuk meeting hari ini. Pelan-pelan tanak nasi, panaskan sahaja lauk yang tapau di rumah cik semalam. Sambal sotong dengan tom yam. Ala..nak makan berdua.. Dah lebih dari cukup. Lepas siap panaskan semua, pelan-pelan pergi mandi.

Pukul 9 baru hubby balik. Lepas makan rehat kejap, dalam pukul 10 hubby sambung buat kerja. Banyak sangat kerjanya sampai muka pun lesu je. Buatkan air teh panas, potong kuih bauhulu yang dapat masa pasang pelamin rumah Yasmin. Lepas tu lepak tengok TV. Tajuk cerita tak tau. TV 2.

Tapi cerita tu menarik. Walaupun masa tengok tu dah separuh cerita. Cerita tu pasal isteri-isteri di Stepford di tukarkan menjadi robot. Dan Mike tu memang robot tulen. Pasangan yang baru berpindah kat situ, Walter dan Joanna pun pelik. Joanna juga pelik bila beberapa kawannya pun berubah jadi sama macam isteri-isteri di Stepford. Lepas tu dia siasat sikit, pastu masa majlis tari menari smeuanya terbongkar. Tapi Joanna tu memang cantik..apa ya nama betulnya..dah lupa...

Habis tengok cerita, tengok hubby tak siap lagi kerja dia. Kupas kentang pulak. Untuk buat wedges breakfast pagi ni. Ingat nak teman hubby, tapi kita yang terlelap depan TV. Hubby kejut suruh masuk bilik. Pastu dia temankan sampai saya tertidur. Tak tau pukul berapa hubby masuk tidur.

Pagi tadi dengan slambanya dia kata "Buat kerja sampai nak terbe*ak termuntah..semua ada."....ekekke..sian dia..



Ok..sekian laporan..update blog pun rasa lesu..Entah kenapalah agaknya..

6 comments:

Unknown said...

Stepford Wife kot dik citer tu! Heroin si Nicole Kidman kan?

Queen said...

ye kot....

penjual lampin said...

nicole kidman. akak tgk sket pastu terlelap..........

Dee said...

oh..akak dh tgk movie tu..best gak..

nedd said...

peknen kot lesu2 ni

eynda said...

Akak suka movie tu...berangan ala-ala kita pun cam tu menten jek tapi bukan robot arr :-D

Related Posts with Thumbnails