Thursday, March 25, 2010

Dara Lapuk tak sedar diuntung!

AMARAN!! ENTRY INI PANJANG DAN MUNGKIN TIDAK BERBALOI UNTUK KAMU BACA. IANYA ADALAH LUAHAN HATI SEORANG BLOGGER YANG TIDAK MENYUKAI CIK ANONYMUS! SILA JANGAN KOMEN SEKIRANYA KAMU TIDAK BEGITU MEMAHAMI ISI KANDUNGAN ENTRY INI LALU MENGELUARKAN KOMEN-KOMEN YANG TAK BEGITU BAIK. TERIMA KASIH!
dan sila baca entry ini dengan nada lemah lembut sebab saya tidak marah..saya memberi penenrangan kepada Cik Anon yang kesian ini....



Sebelum tulis entry ini , saya sudah meminta pandangan hubby. Dia kata abaikan. Anonymus ni boleh jadi sesiapa sahaja. Kalau nak menulis juga, maka berhati-hati. Kita tidak tahu dengan siapa kita berdepan....maka saya pun menerangkan lebih kurang isi kandungan entry ini dan hubby mengangguk dan bersetuju.


Bukan apa, sejak dua menjak ini ada banyak pulak anon yang menyibuk dalam blog saya ini. Mula2 tu memang la SPAM utk tajuk entry "Tag dari Daela"...

Tapi saya malas nak tutup ruangan untuk anonymus menulis. Manalah tahu dia tak ada blog ke, tak ada gmail ke... Tapi nak komen...ape salahnya...Ada pulak yang malas nak log in pun ada...Walaupun banyak SPAM yang masuk, tapi dalam entry itu sahaja. Maka saya abaikan sahajalah...

Tapi semalam saya terima satu komen dari cik Anon untuk entry saya yang agak baru juga "TERHAD!"...yang berbunyi begini


"tak baik cakap org, as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out, dia suka style mcm tu u siapa nak cakap, u tak suka of course u tak buat.. hai bila cakap cuba pandang diri sendiri juga.. i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. huhu"




Eh...tiba-tiba saya rasa nak tergelak lagi guling-guling. Saya bukanlah siapa-siapa nak kutuk orang. Ape lagi nak kutuk penampilan sesetengah orang di hari bahagia. Maklumlah, taste orang lain-lain. Saya ni pun bukanlah pereka fesyen terkenal mahupun pengandam pengantin yang hebat. Saya pun baru nak merangkak naik. Tapi gaya Cik Anon ni macam terasa sangat je....Kenapa? Awak makan cili ke?

Maaf la cik Anon..bukannya nak kata awak. Ayat saya tu secara rawak. Kalau ade sape2 terasa hati tu, bak orang kata..sape makan cili terasa pedasnya, maka awak dipersilakan keluar dari blog saya serta merta kerana saya malas nak melayan orang yang terasa lebih-lebih.



"u tak suka of course u tak buat."

Mestilah! Kita buat apa yang kita rasa cantik. Orang buduh je yang akan buat apa yang dia rasa tak cantik tapi tetap nak buat.. Apa-apa sajalah kenyataan awak tu. Tak matured langsung. Komen dikeluarkan atas angin. Lari Tajuk!.

"u siapa nak cakap"

Ini Blog saya. Dari pandangan dan kaca mata saya. Saya ada HAK untuk nak kata orang tu buat kelakar, tak cantik, atau vadevas kebabom asalkan saya tak sertakan muka atau gambar, ataupun menyebut nama. Saya tidak menjatuhkan sesiapa. Awak tu siapa nak bercakap begitu? Saya juga tidak menghina sesiapa seperti mana yang awak katakan pada saya...


"as i see wedding u pun nampak old school juga, takla all out mana sampai nak kata org lain out"

Ahahahaha.....Saya sedar wedding saya pun tidaklah all out. Idea banyak tapi maklumlah, wang tak banyak. Saya orang susah...Jadi seadanya. Tapi tak adelah sampai old skool... Bagi saya lah..sebab ini kan blog saya. Takkan la saya sibuk nak tulis orang lain cantik sangat2 dan saya pulak huduh dan tak begitu comel di blog saya sendiri. Biarlah orang lain nak kata saya tak cantik. Asalkan saya berpuas hati. Dan saya tulis pun di blog saya sendiri. Bukannya sapa pergi blog orang dan kata "saya cantik..awak huduh..." atau "awak jahat..saya baik.." seperti mana yang awak buat...


"i pun tak mahu cakap kalau u tak cakap pasa org.. "

Syaa pun tak mahu menulis entry ini jika awak berfikir sebelum meletakkan komen dengan tanda nama Anonymus di blog saya.... Saya tulis secara rawak dan di dalam blog saya. Saya tidak memalukan sesiapa dengan meng 'komen' ketika dalam majlis perkahwinan mahupun di gambar kahwin. Saya menulis pandangan secara rawak itupun saya sendiri tidak tahu dimana....Mungkinkah di pesanan penaja saya yang secotet itu?

Tapi awak dengan jelas dan terang lagi bersuluh memperkatakan perkahwinan saya secara direct di blog saya dimana sebenarnya saya tidaklah kisah sangat....Tapi awak mempertikaikan pandangan saya terhadap fesyen rambut satu pengantin yang kelakar bagi saya...Sama juga seperti saya mengutuk gaya artis-artis Malaysia bila berambut macam jambul ayam....

Dengan tidak memberi salam..dengan tidak memperkenalkan diri malah PENGECUT untuk meletakkan identiti diri. Maka saya rasa awaklah orang yang BIADAP kerana tiada adab sopan. Atau sebenarnya awak terasa yang ada sesiapa yang saya kutuk itu yang tak cantik dan old skul? Maka awaklah yang sebenarnya mengutuk dia. Kerana saya tidak menujukan pada satu orang. Saya menyebut secara rawak....kenapa nak terasa sedang kan saya tak kata siapa2 pun.. Saya tak mention nama siapa...atau kat mana majlis itu berlangsung....tidaaaaakkkkk...saya cuma kutuk pesen rambut yang bagi saya amaaaatlah kelakar..Malah gaya rambut dan mekapnya membuatkan dia kelihatan tua dari usianya. Tapi juga saya tetap tak salahkan hair dresser dia...Jadi agaknya siapa Cik Anon ni? Pengantin yang Old School tu ke?...Ha..Kan saya kata...kalau dah makan cili jangan jadi kera yang meloncat-loncat.....Buat malu diri sendiri sahaja...


Saya sebenarnya tidak kisah. Sebab saya nak juga bertanya di mana old skul nya perkahwinan saya.
(saya memang old school sikit...pakai gown di hari kahwin dgn pearl beads bukanlah trend semasa...orang dulu2 kan pkai gown semata....orang sekarang pakai gown buat baju persalinan je...biasalah tu...baju nikah pun pakai Lace dengan beading merah hati...)... saya juga tak mention siapa-siapa hingga boleh menyebabkan orang itu terasa hati (kecuali memang dia sedar diri yang dia itu pun old skul..atau cuba mempertahankan kawannya yang sudah nangis tak keruan...).....


adakah pada baju nikah saya? hand bouquet saya? mekap saya?




atau pelamin nikah saya yang cuma duduk di atas bulu2 lembut dan tidak di atas kerusi?



atau pada gown saya yang memang sengaja saya pilih tidak kembang....



yang mempunyai kaki kain bercorak seperti lace bandung yang sangat cantik (bagi saya lah)


serta full pearl beading di bahagian badan dan lengan?


atau gaya saya bergambar



Dimana agaknya Old School nya majlis saya ya? Marilah kita berkongsi pendapat. Saya perlu upgrade diri saya yang ketinggalan jauh ini supaya saya dapat menyediakan yang terbaik untuk pelanggan saya. Memilih material yang paling up to date sert jenis hand bouquet yang sentiasa fresh...


Maaf la..saya tak kata sesiapa secara terang-terangan seperti mana awak meletakkan komen mengata gaya saya yang old school di blog saya sendiri... Ataupun awak ada mengomen gaya saya yang lapuk ini serta tidak all out di blog awak cuma saya sahaja yang tidak tahu....


Sebenarnya banyak cerita kelakar dalam majlis kahwin saya yang boleh diceritakan bersama. Macam-macam kenangan. Dengan kompang yang tak sampai-sampai, majlis yang kelam kabut..memang kelakar. banyak yang diluar kawalan saya. Saya tidak kisah. Sebab saya berpuas hati dengan makeup dan baju yang saya pakai pada hari itu. Walaupun kek kahwin saya condong bak menara Pissa, lauk pengantin tak sedap, abang saya yang menjemput semua tetamu pergi sebelum sempat saya sarung cincin.... Ahahahah...macam-macam kenangan....Yang penting saya bahagia dan yang penting suami saya tahu siapa saya. Berbelanja mengikut kemampuan dan besederhana. Tapi saya tidak suka dengan cara Cik Anon yang dengan sesuka hati menempek komen di blog saya. Saya tak komen Cik Anon pun. Cik Anon nampak ke macam mana pengantin tu? Cik Anon tahu ke? Gaya bercakap macam tahu.... Atau memang sendiri terasa diri sendiri? Takpun kawan-kawan cik Anon sendiri sampai nak terasa lebih-lebih...




Jadi Cik Anon

Jika Cik Anon rasa saya old school, out dated dan bersikap kejam serta zalim dengan mengutuk gaya rambut yang tak cool serta trendy seperti mana wartawan mengutuk gaya rambut Britney yang botak....Makanya, baik Cik Anon membaca blog lain sahaja. Atau boleh baca ebtry-entry yang berbaur keagamaan, yang suci. tapi jangan lepas tu komen kata saya ni Ustazah Celup pula....




Cik Anon itu tiba-tiba menegur saya atas kutukan itu agaknya sebab saya keluarkan P/S sebegini kot...


Tapi adelah satu pengantin tu.....hairstyle, mekap semua out..... tak sangka masih ada yang buat rambut style Hetty Koes Endang bertudung.... Tudung jadi rambut = sarang burung....Gelak guling2...



Sampai sekarang saya masih tidak percaya, orang yang berlagak DIVA dengan perkataan UUUPPPPPSSSSSs bagaikan cik minah artis kepoh yang tidak pernah lekang dari mulut yang comel itu akan mekap dan membuat rambut yang begitu tidak kena dengan dirinya di hari bahagianya. Kasihan..tuannya lawa. Menjadi rebutan. Tetapi tiada langsung taste... (ini diakui oleh beberapa orang sendiri dan dari pemerhatian saya yang "bukanlah siap-siapa")... tapi itulah..mungkin kerana kawan-kawannya meletakkan komen yang dia begitu cantik dan anggun di gambar-gambar nya maka dia begitu confident....Malah cakap pun berapai-api, asala boleh nak lebih dari saya. Saya tahu kerana ramai juga yang menyampaikan... .Saya kasihan dengan dia. tidak apa-apalah..asalkan dia bahagia..... Benda-benda ini sementara sahaja. Buatlah sekadar mampu. Cuma yelah, sayang juga kan....







p/s : Kes pengantin old school tu berlaku tak tau lah bile2 kan...tahun lepas ke...tahun nie ke...minggu lepas ke...minggu depan ke....entah2 saya puya khayalan je...tak pasal2 ade Cik Anon yang perasan..... Tapi ramai yang kata wajah saya masa kahwin seperti Noraniza Idris. Mungkin kerana saya tembam macam Noraniza Idris. Hehehee...tapi saya tak kisah. Sebab hubby saya kata saya saaaaaanggaaaaaaatttt cantik hari itu....weeeee

38 comments:

Ezzah said...

aiiihh...gejala Anon ni kebanyakan blog kene ek..huhuhuhu...apahal la si anon tuh.

errmm..btw, baju sanding u sangat2 cantik! :)

salam kenal. :)

Queen said...

salam kenal ezzah....

ramai yang kena..tapi saya punya nie tak la seteruk blogger lain kena...tapi ambil tindakan berjaga2 sebelum melarat ...

ehehehe

Ilyana said...

marah la ni.. (mode geram)

saya pun pnh kena kutuk gak, lg la dengan kawan baik sendiri..masa majlis tunang saya lak tu.

dia leh kata saya gemok (ok..mmg time tu saya mmg gemok tp sila jgn ckp mcm tu time hari bahagia saya. it hurts really bad) dan kata cincin tunang saya nmpk mcm cincin murahan..

OMG.. terus putus kawan dekat 2thn.

saya yg terasa lebih2 kot. (tp skarang dah ok la ngan dia)

tp mmg melampau jd anon pastu nak kutuk2 direct mcm ni. kalau kita tak tujukan pd sesiapa takpe. pendapat kita sndri, blog sndri, sukati la kan?

ok, saya lak yg emosi lak. hehe..

Nik,
saya backing Nik 100%!!

Cik anon,
sila blah jauh2..

Queen said...

pinky angel : ehehehe,...mekasih...agaknya Cik Anon punye style masa kawin sama macam gaya rambut yang saya kutuk tu kot...ekekek..tu yang dia marah sangat tu...eheheh

Anonymous said...

pinky, u tak baca betul2 ke, dia ni pandai reverse psychology la, dia cerita ape yg anon tu cakap, backup diri sendiri, baru dia cerita rupanya dia ada tulis ps kat bawah, last sekali, well i bukan anon tu, cuma bila baca dia cakap org tu OUT, sama juga bermakna dia kutuk, dia kata rambut org tu mcm *** ape sume.. so accept the fact kalau org cakap pasal u pulak, org mesti bandingkan, betul ni blog u kan, u ada kebebasan bersuara, anon tu pun ada kebebasan bersuara.. kawan2 blog ni kadang2 sokong sebab nak jaga hati..

Queen said...

excuse me cik anon...assalamualaikum kalau awak muslim....and a very good day for u kalau u non muslim...

i dah letak link masa mula2 lagi..i bagi full link tau..bukan sekadar petikan...i bagi full link kepada entry itu...utk dibaca oleh sesiapa sahaja. Petikan p/s yang terkahir itu adalah agakan sahaja...ye ke itu frasa yang dikatakan mengutuk tu?sebab tu ianya diletkkan di bawah kerana ianya cuma agakan kosong...

i kutuk siapa cik anon sampaikan cik anon pula kutuk saya kata i nie old school semua? i dont care if people talks about me else where. Mulut mengumpat memang tak boleh nak tutup... Tapi perlu ke nyatakan kat blog orang tu? Adakah saya kutuk orang tu dalam page dia ke, atau depan orang ramai dengan menuding secara nyata kepada dia? Tidak bukan... malah tak tau siapa-siapa pun. Entah2 ade artis yang berkhwin baru2 ini berambut macam sarang burung..siapa tahu... Tiada siapa yang malu atau terasa dirinya di keji kecuali memang makan cili lalu terasa pedasnya...

Memang la u ade kebebasan bersuara cik anon..tapi di page u..sila tinggalkan link atau email atau pengenalan diri. Bukan dengan bersikap biadap menjadi anonymus dan yang peliknya mengikuti perkembangan blog ini. Ahahaha....Nampak sangat awak mencari kelemahan dalam setiap penulisan blog saya cik anon....

Kalau mereka sokong untuk mejaga hati pun saya tak kesah cik anon..itulah gunanya kawan...

btw cik anon..terima kasih atas pujian anda memuji saya PANDAI DALAM REVERSE PSHYCOLOGY...saya amat berbesar hati...terima kasih..datang lagi ya!

Anonymous said...

kat entry u pun u sendiri mengaku u old school sikit? so u mengakui ape yg anon tu cakap? omg, sorry to say i bukan the first anon tu lah ek, sorry.. salah org u cakap.. i mmg baca blog u selalu mcm blog org lain jugak, & agakan kosong? funny funny.. cerita beria sampai gelak duling2 agakan kosong, u talk too much until u lost the direction.. =)

u bercakap ttg org, org pun boleh berccakap ttg u, tak kisa la kat mana, sebab tu org kata lihat diri sendiri sebelum cakap, kalau u kawin wedding of the year baru fair u nak cakap org lain..

n ini satu contoh, kutuk org boleh, org kutuk dia tak senang duduk, sorry to say.. n yes, sekali lg i admit i mmg selalu baca blog u, tapi i tak cari kelemahan, cuma i analyze ape yg terjadi, i baca sume, i tgk mcm mana u react.. sorry dear.. my last comments, karang u salah sangka pulak i ni anon yg kutuk u kat entry aritu..

Anonymous said...

oh ye ye satu lagi, yg para u tulis DIVA besar tu, u mcm kenal je dgn dia, kenapa nak direct attention pegi artis la ape la, u kata u kesiankan dia, tuan nya lawa, so u kenal kan? cuba u jawab skit pasal kat atas tu u kata artis siapa tahu, huhu.. i tak makan cili la dear, i tak rasa pedas cuma i terasa nak tulis so i tulis jelah.. i pun baca entry u yg anon tu komen, n i baca entry latest u, dari situ i buat kesimpulan i sendiri, dont tell me salah 100%.. tapi takpe blog u, u yg betul kot ye tak? kutuk pun diHALALkan.. asal kat blog sendiri, mana ajaran ntah?

Queen said...

eh ade lagi la...kata tadi last comment...
lagi..lagi...seronok pulak saya baca ceramah awak nie..bagus2..next time boleh dibuat panduan ni....

:)

sebenarnya saya masih pening membaca ayat emo2 awak yg tunggang langgang tu... no wonder la awk remain anonymous dan tak ada blog...sebab penulisan awak buat saya gelak...takde hala tuju...dah macam cerita baghal tu pun ada jugak...cakap belit2 ntah hape saya tak faham....hhahahaha...kelakar la awak ni cik anon....
alllaaaaaaahhhaaai...
bagu2...penglipur lara utk hari ini....hihihi

hubby saya cakap...jgn layan org gile isim..tp awak best la.....saya suka

Anonymous said...

(ayat tunggang langgang? ayat ko tak tunggang langgang ke hello? do check the spelling of anonymous, bukan anonymus, ingat pakcik mus ke, haha sape buat kelakar ayat tunggang langgang sekarang? i rasa u kene check diri u, i pun check diri i jugak, dont worry okay)

see doesnt even bother to answer my questionssssssss... lots of questions there for you... sebab u takde point dah kan, tulis banyak2, cakap ikut perasaan, tulis tak fikir, last2 sendiri tak boleh jawab..

pastu nak provoke org, divert attention, well.. i tak rasa ape2, readers are educated enough, and by writing in a public blog bermaksud u terbuka untuk sebarang penulisan balik atas apa yang u tulis.. lagi2 mcm entry u tu, dah terangan kenal (as per my reading) tak mengaku pulak.. mengaku wedding 'old school sikit' pastu tak mengaku..

i pun tak nak tulsi banyak2, tapi its related, better jawab kan, rugi pulak biarkan.. bukan nak menang cuma nak kan explaination.. reader u pasti nak tahu, sampai takdeorg pun nak komen, cuma tgk je.. sebab tak berani kan..

buat entry bukan main itu ini, last sekali cakap lagi pasal org tu, haha.. apelah u ni dear, sadis betul hidup u kan..

Ilyana said...

di ambil dari petikan di atas,

"well.. saya bukan anon tu.."

tapi heran kenapa saya tgk nama dia anon gak dan turut terasa bila baca tentang anon tu.

hahhahhahaa.. mari gelak beramai-ramai.

kepada cik anon,
minta maaf, saya bukan sengaja tumpang sekaki cari pasal tapi memang betul saya backing kawan saya. Saya tak kenal awak sebab awak anon. Macam mana nak sokong? Sila tampil kehadapan kalau berani.

Queen said...

cik anon : ahahahhaha...alahai...org tak komen sebab mereka rasa tak perlu komen. bukan macam u komenkan untuk orang lain pastu emo lenih2. tak semestinya tak komen tak backing... apela u nie. nampak sangat u bukan seorang blogger. u tak tahu betapa blogger tak suka dgn anon dan mereka sebenarnya pun malas nanti awak pulak pergi terjah2 blog diorang...ahahhaa..jangan perasan ye...

saya bukan tak nak jawap..tp saya tak paham pun awak kata apa...lagi pulak, typo dgn ayat tunggang langang adalah perkara yang jauh berbeza. ahahahha...awak betul2 jadi badut saya hari ini. lawak. Awak ada tujukan soalan k?saya tak nampak pun...lagipun ini ruangan komen, bukan sesi jawab menjawab soalan pun.... dan kenapa pula saya mesti dan wajib menjawab soalan awak..awak tu inspektor polis ke?

kawan2 saya semuanya bekerja dan tak ada masa nak jawab orang yang psycho macam awak datang meroyan2 kat blog orang...ekekkeke...kelakar...

sadis ke hidup i?i rasa happy je sebab i dapat tengok ramai orang yang angkuh tunduk mengadap kebenaran....seronok pun ada jugak..kikikiki

takpe cik anon..sikit2 sya boleh lagi la melayan awak..dan saya tak provoke..malah saya tak pelawa pun awak datang..2 3 kali suruh awak syok jauh2 sebab anon tak diterima. Tapi awak datang juga. Tetamu datang, kenalah layan kan....

Queen said...

yana : thanks a lot babe....kelakar kan tgk anon ni...datang blog orang pastu nak kata2 orang pastu nak tuduh2 orang...ntah hape2...dia gile kot yana..sian dia..takde sapa nak layan komen dia..meh la kita komen....weee...i like tau!..ehehehehe..

orang macam nie pengecut...tahu sembunyi je. tak nak reveal. nak juga tahu siapa kan...senang je aku nak tembak....ehehehe..

btw yana..thanks...sokong i dan sebenarnya utk blogger lain juga menentang anonymus kaki penyibuk ni..hihi!

wujudkan budaya sihat dalam dunia blogging!yeay!

Anonymous said...

btw cik anon..terima kasih atas pujian anda memuji saya PANDAI DALAM REVERSE PSHYCOLOGY...saya amat berbesar hati...terima kasih..datang lagi ya!

sila datang lagi, sapa yg kata ni my goodness? ko jugak tadi kata sila datang lahi, haha, love it, serious if u kata i badut? what about u? dah banyak kali dah apa yg u cakap does not reflect what u mean.. dah suruh dtg lagi, pastu kata tak pelawa..

typo will happen once in typing ko pulak, salah eja banyak lak tu, jangan cakap org la, pastu nak kata typo.. haha..

Anonymous said...

saya bukan tak nak jawap..tp saya tak paham pun awak kata apa...lagi pulak, typo dgn ayat tunggang langang adalah perkara yang jauh berbeza. ahahahha...awak betul2 jadi badut saya hari ini. lawak. Awak ada tujukan soalan k?saya tak nampak pun...

eh ada, setiap ayat yang mempunyai simbol ini ??? di penghujung ayat adalah satu soalag, dont be naive dear.. alasan.. haha, buatla satu lg entry jawab semua, boleh kan?

Queen said...

eh...awak nie memang tak paham perli rupanya...ahaha..kesian betul..hihihihihihi....bacalah yang dekat entry tu...awak tak di perlukan di sini cik anon....

mesti awak sangat lurus dan blur sepanjang masa....comel2..macam badut lapar..

la...awak buat lawak..macam badut la..badut kan buat lawak...

eh..saya memang mengaku saya memang banyak salah eja. selalu berlaku...la..kata mengikuti..tapi baru nie perasan yang saya nie selalu salah type? maafla..kerja saya tak memerlukan saya type dgn betul...cuma kene lukis dgn betul..


p/s : eh..saya dah mengingkari pesan suami saya supaya tak layan perempuan gila isim ini...hihihi..sorry la sayang....saya seronok melayan budak yang tak tau malu ni. Takpela..dia puji2 sayang and kata sayang nie kesayangan dia...hihhi

its me said...

berbuih mulut aku bace semua nyer...udah la tu kenkawan...aku naik pening da ni...itu ini korang sembur org ni..org ni sembur org tu..kebetulan aku pun buat entry yg lebeh kurang same...tapi bukan la pasal anon ker...

dear cik anon:adik akak ker ape ape jer la yer udah la tu yer....usah dilayan sgt perasaan tu...udah tu..typo tu mmg ler..aku berjuta typo da berlaku....usah la ko kaco si queen desire ni lagi..

queen:ko pun satu hal...da abis tu ko lak berbangkit bangkit napa?ko penah tgk aku maki hamun kat blog tak?kalau ko nak maki leh maki....block si anon terus..ko jgn layan..kalau layan org mmg suker....kalau blog aku aku tak allowed da anon segala tok nenek..da blog aku fully protected..no anon...semua aku tapis..aku rase tak puas hati aku terus banned ip extremely..so aku berblog ngan aman..

weh sumpah cantek jer baju kawin ko tu....lawa lawa...aku sokakkkkk...semua aku sokak..aku punyer wedding lagi old skol kot..hehehehehe ko punye power la tu....dr kawinlari lagik sadis kan..kan

Queen said...

alaha anon..nampak benar awak tu bukan blogger....

kami tak buat entry hanya sebab nak menjawab soalan orang gile..baiklah..atas permintaan saya akan buat..tapi tak tahulah bila..banyak tu nak kene jawab tu....

btw....ada jugak org yang desperate nak suruh orang buat entry bagai untuk jawap soalan2 dia...

saya kata saya tak paham soalan..bukan tak tau itu tanda soal....apela...

btw, sibuk kata pasal reflect la apela...tapi dari tadi dah berapa banyak komen dikeluarkan sejak ayat "ini last comement" di tulis...


saya setuju dengan pinky...kata awak bukan anon..tapi nape terasa bila saya duk menegur perlakuan anon..saya berkata dgn cik anon...bukan orang gile psycho..hihihihiihihihi....

ok tak kalau saya kata awak pun PANDAI REVERSE PSYCHO sebab awak pun copy ayat saya yang mula2 di ikuti dgn penerangan tunggang tebalik awak tu... lepas tu ...baru nak terangkan ayat2 awak yang awak dah tulis..

kesian jugak utk awak...
:)

hihhihihihi..saya masih tak dapat control nak ketawa dari tadi....kelakar betul cik anon kali ini...

Anonymous said...

alhamdulillah, apa yang i nak cakap i dah sudah cakap, readers boleh baca and they know how take side... bercakap boleh, tapi tengok dulu apa yang ditulis.. supaya tak dijadikan satu isu.. org mulut jahat akan terus mult jahat walau mcm mana pun org cakap.. salah buruk org pasti nampak, kekurangan diri sendiri? simpan rapat2..

tp wedding ko mmg biasa je, pelamin pun seketol, haha, boleh nak mengata org, i tak percaya ada org mcm ni, rasa diri dia hebat sampai sesuka hati bercakap pasal org lain.. kalau rambut dia mcm sarang burung, ko dah cukup perfect ke?

hahahaha, adios.... the last comment.. lepas ni no more, not because of i am afraid or scared but merely because i have said what i want to say.. bye QUEEN...

its me said...

aku bace semula...anon tu sebenarnyer bape org....mcm ade lebeh dr 2 org jer..aku da berpapan mkn ubat migraine nak paham citer ni..peningggg...bg la name anon 1 ker ..anon 2 ker..senang nak tau ..ek..ek..aku ni pembace jenuh berulang membace itu...nak nyibuk la katakan...suker ni....tapi aku galakkan stop jer...nak teruskan leh ...aku tulung bace ekkk ekkk

Queen said...

i pun alhamdulillah sebab akhirnya u dapat lepaskan apa dalam hati u tu..i cuma mebantu u je since u nampak banyak sangat nak dikatakan pada i....

owh..i tidaklah perfect, tapi saya tidaklah sampai menjatuhkan orang ke apa. Cuma pada siapa2 yang terasa tu, memang nasib badanlah.

wedding i memang biasa2, i memang buat seadanya. Dari awal lagi i kata. i tidaklah perfect, tapi i tak ada rambut sarang burung. Dan kalau ade org duk kutuk pasal pelamin seketul pun, i tak kesah. Pelamin ade ke 2 3 ketul?hihihi....

Harap-harap betul2 la last comment sebab previous pun u cakap last komen lepas tu u asyik kata i typo la..ape la..dan terus-terusan memaksa i jawab soalan u yang tak masuk akal dan sebenarnya tak logik pun untuk di jawab. Sebab jawapannya semua ada di dalam semua entry2 i. Kalau u seorang yang mengikuti, maka secara tak langsung, u dah mendedahkan diri u pada pembaca blog i.



lain kali, kalau u rasa nak cakap apa2, bukalah blog sendiri. Sebab di situ anda boleh bebas bercakap apa sahaja. tak payah la menumpang blog orang lepas tu buat macam blog sendiri. Kelakar.

Queen said...

eryn..utk pengetahuan ko...org mcm ni ramai...kata macam2..padahal dia pun sama je...aku takde la pulak sebut nama kawan dzul ke..uupppsssss terlebih sudah.....

btw..orang makan cili selalu akan kepedasan.. and she's quite good analyzer sebab setiap perkataan pun dia analyze...mcm org gile pun ade....

bukan ape melayan nok..saje nak tunjuk dekat pembaca blog..inilah sebenarnya org yg selalu dikatakan tu...yang slalu meroyan..yg suka menyibuk hal org...yang suka buat pasal..dan suka pulak nak emo2 perasan diva.....

kalau aku tak layan....tak dapat la tunjuk bukti..betapa org ni sebenarnya ikuti blog aku dari awal bg tujuan obsevation utk kwn baik dia dan dirinya sendiri...org yang buat salah selalu hidup dalm ketakutan dan akan mendengki serta menyibuk dekat blog peribadi orang...

Dee said...

perang apa ni? perang anon eh? udah2lah tu..x kenal tp nak gaduh kt blog..buang masa dear..

queen..udahlah ye..moh..gi buat keje..hehehe..

Anonymous said...

Fening fening fening...
saya pon anonymous gak tapi bukan ANON...memerhati je...perhati orang bertekak..hihhihi..first time masuk blog ni...maaf tuan rumah..tak bagi salam....

Queen said...

kak dee : bukan perang..bantu anon nie meluahkan perasaan tak puas hati ape ntah kat saya....nasib baik hari ni kerja pending semua. jadi rileks la sikit...hihi..
anyway..thanks for ur concern kak..melayan anon buang masa kan..sebab bukannya dia tunjukkan diri dia sapa...so kita macam jawab dgn bayang2...


anon 2 : nak baca boleh...tapi kalau tak puas hati sambung besok jela..dah pening dah layan anon gila tadi...adesss...neexxxxxttttt

Intan and The Boys said...

walaweiii...baru brape jam dah banyak komen dari anon ni. kte sendiri naik pening baca.

nik, stop layan la anon ni. dia takde keje la tu dok kacau hidup orang pulak. dia ni takde manners la. toksah layan dia lagi k nik?

apa2 hal, kite sokng nik. oh btw, sokongan ini bukan sekadar ambil hati. ala...kite kawan2 bloggers tau la siapa yang ikhlas, siapa yang pura2. kan nik kan?

pi amek wuduk...rehat ok?

Queen said...

puteri kure2 : thanks...itulah..nie tengah duk bertenang..tapi dari tadi pun memang tenang. dah jangka dia nak psycho la kononnya..tapi tak menjadi... Allah tu Maha Adil, selagi dia menyakiti hati saya, selagi tu hidup dia takkan tenang. Allah bersama mereka yang teraniaya....

terima kasih puteri kure2

Anonymous said...

teraniaya? kalau sama2 teraniaya ye betula kot, sebab ko kutuk org tu jugak, dia pun teraniaya.. bagi ko kutuk org tu bukan aniaya org? Allah tu maha adil, fuh cakap mcm takde dosa, padahal mengata org juga? demi Allah ko ni org yang berpura2..

org yg sokong tu sokonglah, tp mmg buta, dah sah2 mengutuk org ni perempuan queen ni, ada jugak org sokong, atleast i mengata dia of her own statement(statement dia mengata org mcm dia bagus sangat sampai nak gelak guling2).. malu la sikit weh, malu la org baca blog ko ni.. sebab tu tak payah nak kata nape takde org nak komen blog ko la, sedih la readers skit, lihat ape isi blog ko ni, mengutuk (part of it, aku tak kata semua) so sape nak komen? kesian.. walau aku takde blog tp aku tak buta pun pasal blog..

bacalah sendiri wahai readers semua, tak tahulah kalau buta ke ape.. entry dia bersusun, link dah bagi, baca sahajalah.. sampai kata anon takde manners? pempuan ni ada manners sangat ke? ayat ko kan cakap org tu OUT.. masya Allah, mcm la ko tu IN?

psycho tak menjadi? yg ko buat entry back up diri tu bukan dah kene psycho ke? hahaha

Mimy Hamid said...

wahhhhhhh dastnya cik anon ko ni...hmmm bg aku yang pernah kena serangan anon ni...satu je la queen ko hide n spam terus la...toksah layan...bengap jiwa....sudah sudah...aku lg la queen kena maki kutuk tu...be cool queen..anon ni tak lain tak bukan org ni sbnrnya adalah org terdekat ko percyalahhhh

Nurulhuda|Adlie said...

dasyatnya, sorry menyampuk, sekali2 drop komen, baca mmg salu, u disable jelah anonymous tu, tak rugi pun, amik open id jek, kalau open id ada email pun boleh drop comments, daripada kene mcm ni, mcm i disable terus, buat open id je, kalau yg takleh drop komen, email jelah kalau penting sgt

fazemy said...

Sabar jelah Nik..tak smua org suka kita..tak smua org kita suka. kekeke. Apa yg penting kita tahu kita bahagia sudahla. Makin dipikir org camni blh jd gila hidup ni. Apa yg perlu ko tahu..ko ni kira femesla..ramai ambik tahu. Tu blom jd artis lg tu..mau hangat ko kena gosip panas ni. Haha. Sabar ye Nik..sapepun ANon tu-dia ialah org yg ko kenali juga.

Queen said...

mimi : thanks mimi...aku jadikan kau inspirasi.anon ko lagi kurang ajar.menghina bagai.ramai rupanya spesis anon kat dunia nie.hihihihi...thanks beb..akan ku percaya... :)

huda :hye bride-wanna-be...waa..i rasa bangga pulak u sudi drop comment walaupun tgh bz dgn prep wed u....dah dekat kan...thanks for ur concern...tuela, hubby pun kata disable je komen utk anon..dia nak sebok2 lantak pi lah..janji jgn ganggu kan... :)


kak emy : ahahah...yezza..tau takpe...ramai sebenarnya silent reader blog nie..sebab tu tetiba terperasan DIVA...bley?ahahha...takpe kak emy, sekurang2 nya saya tahu ada ramai yang membaca blog ni senyap2...hihihi..takpe..diorang segan nak tunjuk rupa...
tak taulah kenal ke apa kak emy...tak nak tuduh sebarang2...walaupun dah 2 3 orang analyzer di import khas dah mengesahkan orangnya..hihihi..takpe..Tuhan tu ada....besok2 tersungkur juga dia..

eynda said...

Haihhh...dugaan menjadi blogger...sabar banyak2 nik...kep on blogging ;-)

eynda said...

kep pulakkk...typo...kahkahkah...keep :-D

Queen said...

kak eynda : yup..dugaan berblogging..bila org tak puas hati dgn penulisan kita, mereka tidak tahu cara bagaimana nak read and leave....nak juga kondem nak mengutuk2 di blog...kononnya puas dapat jatuhkan org..tp sebenarnya dia buat nik rasa lebih berharga, lebih hebat dan yakin kita di landasan yang benar,..

typo takpe kak..nik hari2 typo..kengkadang tu ..eja kereta pun boleh salah....jgn takut utk typo kak hanya kerana orang gila ni...kikikikkikiki

cikbedahlaser said...

baru perasan entry ni...
hahhahaah
ok la....sgt oldskoll la baju kawin awak... smpi sy jeles.. owhhh
tema putih merah itu sgt cantik..
rasa nk kawin blk dgn semua set old skoll awk... boleh??
(tp sure x muat. akakakaakkaak)

Queen said...

cik bedah: owh jangan ..nanti ada anon gila datang ejek awak...ehehhehehe

KakNim said...

It's not easy to please everyone sis... anyway, love ur blogs. actually, this is my 1st time reading it & i will surely come for more (^______^)

Related Posts with Thumbnails